Jom Sihat!!


05 August 2015

Tips Jadi Kaya Dalam Masa 3 Hari !!

Jom kita buat sama-sama.. 
Tips ini diambil dari laman facebook milik kak Fel --> Felinna Nadea Ed Fattah


KAMI CABAR Anda!
TIPS Jadi kaya dalam masa 3hari :

Kakfel nak share ilmu pagi ini agar boleh menyedut banyak kebaikan dan aura positive.

Awak ada masalah kewangan? Keluarga?kawan2? Hidup tak tenteram, tak tenang. Nak cari jalan keluar?

Ok kakfel nak buat pertandingan mudah. Siapa buat tips ni dan selepas 3 hari dah dapat kesan inbox kakfel utk tuntut hadiah. Ada satu grand prize bagi siapa yg paling best story dia!

Share dengan kawan2 tips ni agar mereka juga boleh jadi kaya dalam masa 3 hari.(teknik menjemput rezeki adalah dengan berkongsi peluang dan rezeki)

Lakukan ini TODAY!
1)Bangun pagi ni , usap muka cakap thanks Allah. Usap seluruh badan dan bernafas dalam2 ucap thanks Allah lepas tu senyum sensorang.

2)Cukup waktu, mulakan dengan solat dhuha, buat 2 rakat kemudian 2 rakaat lagi. (4rakaat)

3)Harini ni tanam dalam diri takmau sembang ngan kawan opis pasal org lain, takmau baca atau tulis yg bukan2. Nak zikir dan sebut nama Allah ja. Sebut ulang2( boleh jadi sebak tau)

3)Pergi lunch japgi ada makanan lebih bungkus bagi kucing jalanan.

4)Solat zuhur,asar,maghrib,isya di awal waktu, habis solat terus berdoa. Bersembang mintak kat Allah agar nak kaya dunia akhirat. Minta sungguh2. Lepastu cakap thanks berkali kali kat Allah sebab bagi kita tumpang di dunia.

5)harini tekad , kalau sapa ja minta sedekah beri, walau rm0.50sen

6)telepon mak and abah, bersembang dan tanya khabar walau 5minit.

7)Bangun pukul 3.30pagi. Buat tahajud 2 rakaat kemudian ambik masa termenung fikir salah diri , kenapa ujian datang kat aku, mungki aku pernah buat salah. Buang ego dan kaji sedalamnya.. Apa salah silap kita. Kalau tak jumpa, mohon Allah tunjukan.

Ulang selama 3 hari berturut turut.
InshaAllah di hari ke 3 akan ada jalan keluar dan kita akan jadi kaya! 


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Syuqran jazilah kak Fel. Semoga tips ini bermanfaat untuk semua..

Arina 013-9081892
Your Trusted Shaklee Distributor (972443)


27 July 2015

Cara Ajar Anak Bercakap


Assalamualaikum wbt..

Hari ni nak share tentang Cara Ajar Anak Kecil Bercakap. Sebenarnya, saya pun ada masalah ni untuk anak no. 2. Dulu anak sulung bila umur 2 tahun, sangat petah bercakap. Susun ayat cantik. Siap macam buat karangan lagi dia reka cerita. Mungkin sebab masa tu dia dalam persekitaran yang ramai orang dewasa. Masa tu saya tinggal dengan family di Kelantan. Family sangat besar. dia pula cucu sulung. Memang jadi 'king' la..orang layan dia aje.

Sekarang anak kedua, kurang bercakap, tak macam anak no. 1. Saya jadi risau. sangat berbeza mereka berdua ni. Satu kesilapan terbesar saya ialah, terlalu bagi dia gadget. Semua jenis hp dia boleh handle. Tak kira jenama. Walaupun 2 tahun. Budak zaman sekarang kan...
Kedua, saya kurang bercakap dengan dia. Kami pun tinggal berempat je kat JB ni.
Ketiga, saya banyak habiskan masa dengan hp saya.

Semua kesalahan berbalik pada saya dan suami.
Jadi, ini info yang saya jumpa dan akan cuba amalkan supaya anak saya, Ahmad Firash Hadif, 2 tahun 3 bulan dapat bercakap dengan lancar dan petah. Kalau kawan-kawan ada masalah yang sama, jom kita amalkan bersama-sama...

Apa kita perlu lakukan???

1. Kita hendaklah selalu bercakap dengan anak  kita. Walaupun mungkin anak langsung tak memperdulikan anda dan seronok bermain saja, tapi kita jangan putus asa. Teruskan berkomunikasi dan berinteraksi d engan anak. Ucapkan sesuatu perkataang itu berkali-kali depan dia. InsyaAllah dalam beberapa ketika saja, anak  akan mampu meniru apa yang kita ucapkan. Masa tu, TUHAN sajalah yang tahu betapa gembiranya hati kita bila anak sudah pandai meniru percakapan kita.

2. Gunakan ayat yang pendek dan mudah. Apabila kita mahu menerangkan sesuatu kepada anak kita, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak berpeluang memberi maklum atau tindak balas.

3. Mimik muka kita  semasa bercakap amat penting. Ia mestilah bersesuaian apabila menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat.

4. Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak.

5. Dedahkan anak-anak kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini kita memberi peluang kepada mereka mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali.

6. kita mesti menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta cuba memahami apa yang disampaikan oleh anak-anak anda. Jika apa yang disebutnya tidak jelas, kita mesti bantunya dengan menyebut beberapa perkataan yang kita  rasa mungkin itulah yang cuba disebutkan oleh anak kita.

7. Pasangkan lagu kanak-kanak yang mudah berulang kali sehingga anak  mampu mengikutnya.

8. Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal. Perbanyakkan berbual dengan anak-anak, membacakan buku cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka, dan cuba minta mereka bercakap.

9. Andainya anak-anak sudah mula bloeh bercakap satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Azman nak apa? Nak susu? Nak mainan?”. Atau apabila dia sebut “bola”, ulang kembali “Azman nak main bola?”. Jadikan ianya suatu kebiasaan.

10. Jangan sesekali kali memaksa anak-anak bercakap dan jangan pamerkan kekecewaan anda kerana mereka masih belum mampu bercakap. Bahasa yang pertama sekali anak-anak belajar adalah bahasa emosi dan mimik muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan.

Semoga selepas ini kita lebih banyak meluangkan masa untuk mengajar anak kecil kita bercakap. Yang penting, jangan jemu. Dia kan khalifah yang diamanahkan kepada kita. Kita wajib jalankan amanah tersebut dengan sebaik mungkin (pesanan untuk diri saya sendiri).
sumber FB
jom sesama-sama kita praktikkan…

~Arina (Guru Pendidikan Khas dan Pengedar Shaklee Kesayangan Anda) ~
Whatsapp 0139081892

26 July 2015

Cara Menggunakan Whatsapp Melalui Komputer atau Laptop

Assalamualaikum wbt..

Hari ni rasa macam nak share pasal CARA GUNA WHATSAPP MELALUI KOMPUTER. Bukan apa, kalau guna laptop atau pc ni, boleh type dengan laju sekali. Baru best!! Lagi-lagi kalau nak consult customer a.k.a kawan-kawan cara nak makan supplement kan...

Bagi yang belum tahu macam saya (sebab hari ni baru buat) hahaha...meh i ols habaq mai..

Mula-mula bukak google, then type la WHATSAPP WEB.


Lepas tu SAMBUNGKAN HANDPHONE PADA LAPTOP GUNA USB.

Kemudian, SCAN KOD YANG DIBERI.

Selepas itu, terus boleh gunaaaaaaaaaaaa....

Selamat berwhatsapp menggunakan laptop!!
Nanti korang boleh type selaju kilat.hihi

~Arina 0139081892~

*Rakan Shaklee Kesayangan Anda*
COD JB dan pos seluruh Malaysia, walau di mana anda berada =)


26 June 2015

AMBIL PELUANG KURUSKAN BADAN SEKARANG



Berat turun 8kg dalam masa sebulan setengah.
Dari 68 kg --> jadi 60 kg.
Tiada yang mustahil.
Lagi-lagi bulan puasa ni.
Meh cuba sekarang.
Kurus dan inch loss sekali grin emoticon
pm now..

25 June 2015

SET MENGANDUNG YANG PALING BAGUS

Testimoni untuk set mengandung Shaklee.

Mula-mula asyik bleeding je.
50-50 risau.

Amalkan ‪#‎Shaklee‬, alhamdulillah.
Selesai masalah..
~ menguatkan rahim
~ salurkan protein untuk ibu dan anak
~ hb jadi cantik
~ lengkap dengan asid folic
~ sumber kalsium yang cukup
~ elak cramp
~ bagus untuk otak baby
Lengkap, kan?
Jom beri yang terbaik untuk ibu dan baby ðŸ˜Š

23 June 2015

BERPUASA DENGAN KENYANG DAN BERTENAGA

Lepas makan nasi, sahur juga dengan produk hot bulan ramadhan ni.
Apa dia?













Campur ketiga-tiga ni.
Minum.
Insha Allah sangat kenyang, bertenaga dengan kadar sekata, badan pun tidak mudah terhidrat.
Tapi kena makan dulu baru minum ni. Kalau minum ni dulu, kenyang. Tak jadi nak makan nasi. Unless memang taknak nasi, takpe. Minum ni kenyang-kenyang.

Ada beza kalau minum ni atau tak minum semasa puasa.
Sebab tu ia produk hot bulan ini ðŸ˜Š

BERPUASA DENGAN BERTENAGA DENGAN ESP


Memang berbeza kalau sahur kita serta ‪#‎ESP‬‪#‎PerformanceDrink‬ dan‪#‎Mealshakes‬ atau tidak.
See....sis ni cakap apa.. 

.
Sangat terasa bezanya.
.
Pengalaman saya, semalam terlepas waktu sahur, memang ketaq lutut. Hari sebelumnya dan hari ni wajib bangun. At least minum ni dengan kurma. Air masak wajib ambil lebih. Sebab 3 body nak ditanggung ni.
.
Bagi yang belum cuba, wajib try 3 ni sepanjang u all berpuasa.
.
Beza...memang berbeza!!

22 June 2015

ESP BAGUS UNTUK PUASA

Ramai orang order ‪#‎ESP‬ bila puasa nih.

















Kenapa ESP sangat bagus diambil masa sahur?
1. Mempunyai indeks Glisemic yang rendah yang bukan sahaja bagus untuk pesakit kencing manis, namun menyebabkannya dihadam secara perlahan-lahan oleh perut yang menyebabkan tenaga dilepaskan secara perlahan-lahan dan konsisten untuk rasa kenyang yang lama. Berbeza dengan nasi tau!!
2. Untuk ibu menyusu pula, ia membantu di dalam penghasilan susu ibu yang berkualiti kerana protien merupakan komposisi penting di dalam susu ibu. Yang paling best, susu ibu kelihatan pekat dan berkrim.
3. Untuk pesakit gastrik pula tak perlu susah hati. Sebab ESP yang bersifat alkali mampu menyeimbangkan asid di dalam perut disamping membaiki sel-sel perut yang tercedera disebabkan asid tersebut.
Jadi, untuk ibu menyusu boleh, ibu mengandung boleh, pesakit gastrik boleh, suami, anak-anak, semua boleh...
Sebab tu ramai yang suka dan rasai perbezaannya. Bila dah cuba, baru tahu..

01 June 2015

Pengalaman Menjadi Ketua Rumah Sukan ~ Hijau...Satria!!

Dah lama tak bersiaran. Malam ni rasa nak menulis pula. Ada sesuatu yang ingin dikongsi. Pengalaman menjadi Ketua Rumah Sukan, Hijau.

Di saat nama rina diumumkan menjadi ketua rumah sukan Hijau, rasa nak pitam sekejap. Bayangkan, guru Pendidikan Khas yang tak kenal murid aliran perdana. Nak latih, nak pilih, memang tak kenal. Saya kenal budak-budak saya je. Budak aliran perdana ni ada yang tak ingat siapa nama saya. Dalam group whatsapp guru-guru rumah Hijau, saya bagitau..."Kenapa pilih saya. Saya takde bulan 5. saya bawa budak g lawatan Langkawi. Saya S/U, memang busy. Tolonglah, pilih orang lain". Itu mesej terakhir dalam group, sehinggalah tiba bulan 3, dah dekat nak sukan. Saya redha. Itu takdir saya. Mungkin ada hikmah disebaliknya... Kami cikgu-cikgu rumah hijau bersatu dan mula bincang. Saya mula beli barang-barang keperluan. Kerja saya sepanjang bulan Mac, April, Mei adalah berulang alik ke kedai buku, DIY, kedai rm2. Anak-anak dan suami pun ikut je la. Malam-malam pun redah g cari barang lagi.

Sebelum sukan, setiap hari Jumaat saya panggil murd-murid rumah Hijau untuk training. Kita nak aim Sukantara dulu. nak kena pilih 20 lelaki dan 20 perempuan. Penat macam mana pun, hari Sabtu sekolah pun, tetap kuatkan semangat datang latih budak. Kenapa? Sejak saya masuk sekolah ni, Hijau no. 4. Yang terakhir. Tapi tahun lepas, kami dah cuba untuk naik, kami no.3. Tahun ni pula kami taknak jatuh no. 4 semula. Target no. 2 kalau boleh. Memang target itu. Tapi kalau Allah nak bagi rezeki no. 1... Alhamdulillah...

Semasa latihan untuk pilih murid yang masuk sukantara, saya berkali-kali tanya nama murid yang sama setiap kali dia lulus latihan tu. Susah nak ingat nama mereka. Lagi-lagi dengan ramainya murid ni. Muka lebih kurang sama (alasan, padahal memang susah nak ingat nama. hihi) Agaknya mereka pun naik bosan bila saya tanya, "Apa dah nama, awak? Cikgu nak tanda ni.." hihi. Kesian diorang.

Tiba hari sukantara, Hijau ranking no. 2. No. 1 macam biasa la, Biru. Mereka ramai atlet. Takpe, kita nak usaha lagi. Saya datang training. Ku gagahkan jua datang demi anak-anak Satria ini. Anak-anak tinggalkan dengan suami. Suami nak g kerja hari Jumaat, tapi saya merayu. Boleh tak pergi kerja lepas saya balik latihan. Ni je masa saya ada nak latih murid.

Tiba hari guru, sehari sebelum bertolak ke Langkawi. Saya pelik, hari guru saya dapat banyak hadiah dari anak-anak murid aliran perdana. Pelik!! Padahal sebelum ni, mereka tak kenal pun saya. Saya tak ajar mereka, kan... Alhamdulillah, dah makin kenal saya. Panggil cikgu Rina. Padahal, anak murid Pendidikan Khas panggil saya cikgu Arina. Agaknya dia dengar cikgu-cikgu rumah hijau panggil saya rina. Jadi, diaorang pun panggil Cikgu Rina. hihi.

 Ada murid yang setiap kali datang latihan, saya hantar balik ke rumah. Ku sumbat la kereta dengan budak-budak ni. Biarlah jadi macam sardin pun. Sebenarnya, saya belajar sesuatu dari mereka. Ada murid saya tu rupanya sangat susah. Saya tak tahu pun sebelum ni. Bila saya tanya, 
"Mana rumah awak. Meh cikgu g hantar kat rumah terus". 
Tapi dia taknak susahkan saya. Dia turun dekat dengan rumah kawan dia. Katanya nak jalan. 
"Rumah saya belakang ni je".
"Meh la cikgu hantar. yang mana rumah awak? Bagitau cikgu".
"Ada pondok belakang tu. Kat situ je rumah saya. Takpe, cikgu. Saya jalan. Byeeee"
Pondok? Tak sempat nak tahan dia..
Ya Allah, anak-anak murid aku... Saya tahu, mereka perlu dibantu. Tak perlu cari yang jauh-jauh. Di sekeliling saya dah ada rupanya..

Saya pergi ke Langkawi (lawatan sambil belajar Pendidikan Khas). Saya terpaksa bawa Firash. Sebab dia fully menyusu badan walaupun dah 2 tahun 1 bulan. Dia taknak bottle. Cikgu-cikgu lain semua tak bawa anak. Saya terpaksa bawa suami untuk gilir-gilir pegang Firash. Sebab dia taknak dengan orang lain. Saya terpaksa bawa Darwish sebab takde siapa nak jaga dia kat rumah. Kalau ikut hati, memang taknak bawa ahli keluarga. Sebab sangat mencabar bila pergi lawatan, nak uruskan murid-murid pendidikan khas. Dengan anak meragam lagi. Panas terik. Kalau bercuti dengan keluarga tu lain cerita. Santai. Ini nak kena ikut jadual. Fuhh, memang penat.
Dalam masa yang sama, saya tinggalkan cikgu-cikgu dan murid-murid saya untuk bertanding acara Padang pada hari itu. Risaunya. Bayangkan, dalam hand bag ku bawa list name murid-murid utk acara tu. Dalam bas, tengok je. Berharap semoga semuanya berjalan lancar.

Saya pulang ke JB Jumaat. Sabtu terus sambung latihan. Rindunya pada anak-anak Satria ni. Buat latihan sikit je sebab hari hujan.

Minggu ni sangat sibuk. Buku rekod mengajar tak sempat nak sentuh. Selasa kami hias khemah. Alhamdulillah, cantik juga. Terima kasih cikgu-cikgu kerana membantu. Tibalah Hari Kejohanan Olahraga. Teruja, risau...

Tema: Garden. Sebab maskot rama-rama.

Dari pagi saya ke hulu ke hilir bawa beg belakang. Ada duit murid la, air dia la, jam dia la, duit adik dia pun ada. Dia nak lari. hihi. Kasut sukan saya pulak tercabut tapak. Ahh lantaklah. cabut, jalan je. tak sempat nak tukar. Dengan lecaknya kat padang. Langsung tak breakfast. langsung tak minum. Langsung tak makan. Ke sana ke sini dengan wakil-wakil rumah Hijau yang akan bertanding tu. Bagi semangat. Ucap kata-kata positiff. Cikgu-cikgu hulur kuih, tak lalu nak makan. Nampak air mineral, itu je ku minum sampai ke tengahari. Cikgu Siti tegur saya. "Bagusnya kak Rina. Sampai ke tengah padang ikut anak murid dia. Pengurus yang bagus" hihi... kelakar dengar. Takdelah bagus sangat. Tapi saya tak boleh nak tinggal mereka ni. Diaorang lari, kat tengah-tengah padang saya laung nama mereka. Bagi semangat. Rasa malu juga. Parents semua tengok. Saya sorang je yang duk melalak kat tengah padang tu. Biarlah, apa cikgu rumah lain nak cakap. Janji anak murid saya dengar nama dia semasa tengah berjuang lari wakilkan rumah Hijau. Semoga suara saya tu mampu menyuntik semangat pada dia untuk terus pecut lagi.

Tema: Metamorfosis. ada ulat. Ada rama-rama.

Lepas acara 100m dan 200m, wakil rumah Hijau, Yuri dan Zul menang. Tapi tiba-tiba mereka terduduk kat dalam khemah dan cakap tak boleh nak lari dah. Kaki dia cramp. Saya risau giler. Ada 2 acara lagi. 4 x 100m dan 4 x 200m. Dua orang ni memang harapan rumah Hijau. Zul tu kalau lari, macam angin je. Laju betul. Seronok sangat tengok. Dia boleh pintas pesaing yang jauh di depan. Ya Allah, berbakat sungguh anak murid ku ini. Tuannya handsome bergaya. tapi tak banyak cakap. Cool je. Cikgu doakan awak jadi murid yang pandai lepas ni. Tiada yang mustahil, Zul. Awak usahalah belajar rajin-rajin. Sukan terror, kalau pandai sikit lagi, mesti boleh masuk sekolah sukan. Belajar rajin-rajin ye Zul. Ehh, lari topik pulak. huhu. 

Kiri: Zulkarnain, Kanan: Yuri. Injured.

Mereka ni tiba-tiba cramp dan bagitahu tak boleh lari. Risaunya. Saya tetap bagi semangat. Sebut yang positif. Kawan-kawan yang lain pun menyokong. Cakap yang positif je. Tiba-tiba salah seorang murid, Syawal pulang ke rumah (flat yang dekat dengan sekolah) untuk ambil minyak angin. Kawan yang lain pula sanggup korbankan air mineral utk basuh kaki Yuri, Zul. Mereka sapu minyak. Urut kaki kawan mereka yang sakit tu tanpa cikgu suruh pun. Mereka yakinkan Yuri, Zul supaya lepas ni boleh kembali berlari. Tunjukkan kehebatan rumah Hijau.


Saya terpaksa uruskan rakan-rakan lain yang nak berlari. Untuk kategori B dan C. Sempat jugak snap pic mereka sebab rasa terharu sangat dengan semangat setiakawan. Semangat ingin menang. Sentiasa menyokong walau apa keadaan pun. Saya pesan sebelum hari kejohanan ni, "Jangan sedih kalau awak tak terpilih. Cikgu terpaksa pilih 4 orang ni. Mereka lebih laju sikit dari awak. Walaupun awak tak masuk, mereka berempat ni akan wakilkan kita. Kita kena sokong walau apa pun terjadi". 
Ya Allah, mereka ingat pesan saya...

Akhirnya, Yuri dan Zul boleh berjalan semula, Alhamdulillah. Mereka lari 4 x 100m. Menang. Emas. Syukur. Bila 4 x 200m, tiba-tiba Zul saya letak pelari ke-4 sebab dia sprinter, tiba-tiba dia nak tukar jadi pelari pertama. Katanya nak tinggal jauh-jauh pelari pertama rumah lain. Saya yakin dengan cadangan dia. Saya setuju. Bila wisel dibunyikan, memang dia lari sangat laju. Dia tinggalkan hampir separuh padang. pelari ke-2, ke-3 mendahului. Saya laung nama mereka di tengah padang. Saya jerit sekuatnya. Lantaklah apa mereka nak cakap. Haiqal pula pelari ke-4 pecut. Laju.... Boleh pecah rekod rasanya. Kami menang. Alhamdulillah... jauh meninggalkan 3 pasukan lain di belakang. Syukurnya.. 

Tapi 5 minit kemudian, kami dikatakan batal kerana pelari pertama telah memotong lane. Ya Allah, mungkin rezeki lain yang Kau nak beri. Saya terima dengan redha. Saya diamkan aja dari anak-anak murid saya 4 orang tu. Saya taknak mereka rasa bersalah dan patah semangat. Saya senyum je. Saya bagitau, awak bagus. Saya peluk mereka. Langsung tak tergugat dengan pembatalan ini. Mereka dah berusaha sedaya upaya. Agaknya sedikit alpa semasa ghairah berlari atau lane pun tak berapa nak nampak. Takpe...

Antara pemenang kami. Zulkarnain dan Razid terpilih jadi Olahragawan. Razid, seorang lagi bintang.


Berakhirnya kejohanan sukan dengan penyampaian hadiah. Banyak juga budak-budak ni menang. Syukur sangat. Akhirnya, Hijau ~ Naib Johan. Manakala Johan adalah rumah Biru. Tempat ketiga Merah dan keempat adalah Kuning. Alhamdulillah, tahun ini naik lagi satu tempat. Terima kasih ya Allah. Kurniakan saya cikgu-cikgu yang hebat yang telah bantu saya kali ini. Terima kasih ya Allah, kurniakan anak-anak murid yang sangat hebat, yang ringan tulang, yang sentiasa menyokong.

Pengalaman pertama yang menyentuh jiwa. Pelbagai rasa ada. Kagum dengan anak-anak Satria ini. Semoga kamu semua bukan sahaja bagus dalam bidang sukan, cikgu doakan kamu juga akan berjaya dalam akademik dengan cemerlang. Kamulah permata Satria yang sangat cikgu sayang. Tahun depan, Zulkarnain, Yuri, Najmudin, Nazarul dan yang lain-lain...kamu semua dah tak ada di sekolah ini. Terima kasih kerana membantu rumah Hijau tahun ini. Kamu semua telah berikan yang terbaik dan tinggalkan kenangan yang sangat indah pada cikgu. Cikgu sayang korang ketat-ketat..

Love,
Cikgu Rina

p/s: Cukup baca sampai di sini. Minta tidak share di FB. Terima kasih =)



31 May 2015

Cara Bersihkan Kerak Susu Pada Puting Botol Susu


Geram tengok kerak susu ni susah betul nak hilang?
.
Rendam je.
Lepas tu gosok-gosok manja.
Dah macam baru semula. Tak payah nak sental beria sampai kacip-kacip bibir haa...
.
1 botol tahan berbulan-bulan.
Guna hanya setitik dua saje.
Yang penting selamat untuk botol susu dan anak-anak.
.
Whatsapp 0139081892 (Rina)

18 April 2015

CARA KURANGKAN INCI BADAN SUPAYA PAKAIAN LAMA BOLEH DIPAKAI SEMULA


Mak aihhhh, tak sampai sebulan minum #Cinch dah hilang 5 kg.
Siapa tak sukeee..
Seluar tak boleh butang pun dah longgar dibuatnya.

Kena pulak Cinch promosi bulan nih.
Rugi la tak grab.

Sedap tu perisa latte. Chocolate pun ada.

Kalau dengan Cinch, tak perlu berlapar untuk dapatkan berat badan ideal.

Meh pm Rina cepat kalau nak harga promosi vavavomm!!

Arina | 013.9081892

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Vitamin Keluarga Sihat Menawan | Template Designed By Blog Bingkisan Hati