Jom Sihat!!


02 January 2015

PENGALAMAN MEMBANTU MANGSA BANJIR

Saya dapat kiriman whatsapp ni dari sebuah group. Bila baca, rasa sangat sedih dan terharu. Disebalik bencana yang menimpa, terselit pengajaran yang sangat berguna pada semua pihak. Terima kasih atas ingatan ini. Memberi itu sangat indah =)


"Sy tanya kiranya ada apa2 barang diperlukan sbb sy bw bantuan bnjir....


Keluar makcik dari rumah tu ckp, beras dia hbis punah tenggelam air...

Sy pun g ambik 4x4 sy hak penuh barang bntuan....

Ms sy g ambik 4x4 sy, kelihatan semakin ramai keluar menuju ke kereta sy....

Sy naik atas tmpt ltak brg blakang.... hulur beras....

Terus makcik tu ambik dan peluk...

Ada kak tu tanya susu budak, dah 2 hari ank dia x minum susu, kbtulan ada sebungkus hak lebih semalam....

Sy hulur, terus dia peluk...

Sy hulur gula, biskut, teh, maggi, terus diorang ambik...

X hbis2 ucapan terimakasih....

Budak puan tu peluk roti, mok dio kato 2 hari dah duk royak nk mkn roti,....

Last sekali pakcik tuo mari duk tepi storm sy... x mitok gapo2.... sy tawar roti.... dio kato bleh la nk v gak.... pokcik x pernah dpt bntuan gini....

Sy v sardin dio ambik, biskut ambik....

Gulo, roti....

Sy bui selimut, tuala sbb napok mcm sejuk....

Allahuakbar....

Dio pgang keto sy.... barakallah ya Allah kato dio...

Makcik tuo tu pun....

Sy nangis atas storm....

Ada abe tu mitok lilin, anak dio x leh tido dlm gelap, nangis...

Kbetulan sy x bw....

Sy janji mari hntr magrib karang, sbb sy tringat dumoh sy ada hak sy guna ada lebih....

Ms nk blik mari pulok salam ucap terimakasih...

Budak2, kak, abe, makcik, pokcik....

Semua sy tengok amat brterimoksh xleh nk ucap...

Hal abe mitok lilin, sy terlupo...

Blik dumoh, letih, lpas iso nk tido, ltok kpalo, tringat ko dio....

Sy tido ada lilin, anak dio gelap glemap....

Sy try mapuh lilin.... x napok gapo satu... brasa lemas xleh tido gini,....

Sy bangun, start keto, ore rumoh tnnyo nk g mano...

Sy kt nk g hntr lilin....

Ore rumoh kato bowo keto molek...

Sy sampai tmpat td.... abe tu ada duk dale gelap...

Sy hulur lilin....

Berai airmata.... dio salam tng sy lamo....

Trimokasih xleh nk royak...

Pengalaman sy kali ni bnar2 mmberi sy erti sebuah kehidupan..,,"


Macam-macam cerita, macam-macam kisah kita peroleh daripada kejadian banjir di pantai timur 2014. Semoga ia memberi kita iktibar dan selalulah bersangka baik dengan dugaan yang datang. Sabar itu meninggikan lagi darjat kita di sisiNya kelak.

31 December 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2015

AZAM BARU


Yezza!!Nak jadi lebih hebat dari tahun 2014.
Nak capai macam-macam impian.
Nak jadi hamba Allah yang lebih baik.
Nak berjaya dalam segala hal.

Ya Allah, permudahkanlah....
Aamiin..

SAKIT KAKI PULAK MALAM NI

Malam ni sejuk, kan?

Tapak kaki rasa sakit pulak pijak lantai ni.
1 mungkin sebab hari ni aktiviti sangat padat. Takde rehat pun lagi. Keluar berjalan dengan dua superhero tadi, memang tak cukup 2 kaki 2 tangan nak handle.hihi.

2 mungkin sebab kurangnya kalsium. Umur macam saya ni perlu ambil 1000mg kalsium setiap hari. Sehari dua ni lupa telan ‪#‎Ostematrix‬ sebelum tidur. Dah le jenis tak suka minum susu. Nak senang, telan kalsium nih.hihi

Nak fresh semula esok, nak segarkan urat saraf ni, nak hilangkan kebas2, sakit belakang, lenguh betis..jom kita telan ‪#‎Oste‬ dulu.

Tidur?
Belum lagi. 3 bakul kain setia menunggu tuh.hahaha

-your trusted shaklee distributor-

UNTUK PERTANYAAN DAN PEMBELIAN:

SMS/WHATSAPP : 013.9081892 (ARINA)
Email: darwish3@gmail.com

29 December 2014

MUDAH RUPANYA SUJUD SYUKUR

CARA MELAKSANAKAN SUJUD SYUKUR




Semasa saya singgah solat Zohor di Masjid Jamek Bandar Baru Uda, kebetulan ada kelas agama untuk pelajar sekolah rendah dan menengah. Topik yang diajar oleh ustaz itu ialah SUJUD SYUKUR. Sambil menunggu giliran dengan suami, jaga anak dan nak solat, saya dengar apa yang diajar.

Barulah saya tahu, rupanya sujud syukur ni sangat senang dan mudah untuk dilaksanakan. Lepas ini, tiada alasan untuk tidak melakukannya. Alhamdulillah, Allah pertemukan saya dengan ilmu ini. Terima kasih, ya Allah.

Daripada penerangan ustaz beserta amali yang ditunjukkan, caranya begini.
1. Mesti berwuduk,
2. Menghadap kiblat.
3. Bertakbir.
4. Sujud sekali. Baca doa sepertimana sujud di dalam solat (boleh juga luahkan kesyukuran pada Allah) 
5. Bertakbir sekali lagi untuk bangkit dari sujud.
6. Salam

Nampak mudah, kan. Jadi jom kita sama-sama amalkan. Semoga ilmu yang sedikit ini berguna pada semua.
Di sini saya nak share juga serba sedikit tentang sujud syukur ni. Maklumlah, saya pun belajar. Sama-sama nak dekatkan diri padaNya sebaik mungkin.
Sumber (KLIK)

Pengertian Sujud Syukur

Jika hajat kita telah tercapai, maka hendaklah kita menzahirkan rasa penghargaan kita terhadap Allah melalui sujud syukur. Sujud syukur bermaksud sujud yang dilakukan kerana mensyukuri nikmat Allah. Sujud syukur ini disunatkan kepada seseorang yang terlepas dari bahaya atau orang yang mendapat nikmat dari Allah SWT.
Abi Bakrah meriwayatkan “bahawa Nabi SAW apabila datang kepadanya sesuatu yang mengembirakan atau khabar suka, baginda terus sujud berterima kasih kepada Allah”.(Riwayat Abu Dawud dan Tarmizi)
Firman Allah SWT:
Dan (ingatlah juga), ketika Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Quran, surah Ibrahim, 14:7)

SEBAB-SEBAB SUJUD SYUKUR DILAKUKAN

Secara umumnya sujud syukur itu dilakukan apabila seorang hamba itu mendapat nikmat atau terhindar dari suatu bencana atau mendapatkan kembali sesuatu yang telah hilang atau selamat dari merbahaya.
Dalam hal ini hukum sujud syukur menurut mazhab Syafii dan Hanbali adalah sunat, sama ada nikmat yang diperolehi atau bencana yang dialami itu khas bagi dirinya atau am bagi semua umat Islam, seperti kemenangan ke atas musuh, hilangnya wabak yang merbahaya dan sebagainya. Tetapi terdapat suatu pandangan dikalangan mazhab Hanbali bahawa sujud syukur hanya dilakukan bagi nikmat yang sifatnya umum untuk semua umat Islam dan bukan untuk nikmat yang khas.

SYARAT-SYARAT SUJUD SYUKUR

Menurut mazhab Syafi’e dan Hanbali disyaratkan sepertimana hendak melakukan solat iaitu thaharah, suci daripada hadas kecil ataupun besar, mengadap kiblat dan menutup aurat.

KAIFIAT SUJUD SYUKUR

Cara pelaksanaanya adalah sebagai berikut:
1) Mengadap kiblat
2) Bertakbir kemudian sujud sekali dengan membaca doa sepertimana doa sujud di dalam solat.
3) Bertakbir sekali lagi untuk bangkit daripada sujud, kemudian salam tanpa membaca doa tasyahud.
(untuk salam boleh dilakukan sekali)

HUKUM SUJUD SYUKUR PADA WAKTU YANG DILARANG MENGERJAKAN SOLAT

Makruh hukumnya mengerjakan sujud Syukur pada waktu-waktu yang dilarang mengerjakan solat sunat seperti selepas solat Subuh atau selepas solat Asar. Meskipun pada ketika itu berlaku sebab-sebab yang membolehkan mengerjakan solat sunat. Begitu juga tidak dibenarkan mengerjakan sujud syukur ketika mendengar khutbah Jumaat.

RUKUN SUJUD SYUKUR

1) Berniat untuk sujud syukur
2) Membaca takbiratul ihram ketika hendak sujud
3) Satu kali sujud
4) Memberi salam sesudah sujud

Sumber (KLIK)

Semoga bermanfaat =)

28 December 2014

PASTI ADA HIKMAH DISEBALIKNYA

Ujian Banjir Terbesar Pernah Kami Alami (Salor, Kota Bharu)


Tengok dalam berita, sana-sini banjir. Telefon abah, belum lagi katanya. Biasanya, kalau Rantau Panjang banjir paras lebih sikit dari biasa, rumah kami masih tak naik air. Abah tak tidur sepanjang malam, mengemas rumah dengan umi dan adik-adik. Bawa barang-barang naik tingkat atas. Yang tak muat tu, kat bawah je. Esok pagi call lagi. Air kat rumah makcik Senah kat belakang, 3 tangga dia dah naik air. Selang beberapa jam, air dah masuk rumah. Allahuakbar,,, cepatnya.


 

Air dah masuk ke dalam rumah

Pak Muda yang selalu datang ke rumah memantau



               Sempat lagi pose naik basikal budak Ariff ni.
Umi kata, pak sedara-pak sedara tersayang yang bantu buat para ni untuk selamatkan apa yang patut.

Aiman datang tolong. Air dah makin naik. Paras lutut.
Cik Tin, Cik Teyn dan Cik Nurul masih lagi bergembira.


Fatin dan Nurul melaporkan buat kami (Kakak, Abe Ih, Abe Yo, Abe Chik)

Air makin naik dikedai runcit. Kedai tu tinggi juga.

Surau dua tingkat.
                 
                 Dah masuk rumah paras lutut.

Air makin naik.
Dalam rumah dah paras paha.

Budak-budak ni photoshoot.
 
                           Semasa air masih belum naik tinggi. Abah update pada kami.

Pak Muda, tengah malam baru balik. Turun tangga, mengharung air dalam rumah. Elektrik tak ada.
Malam. Semua di tingkat atas. Air makin naik dengan cepat. Apa la jadi dengan barang-barang kat dapur.

Penyelamat datang. Pak Su Li dan Abe Di.
Air makin naik. Umi, Fatin dan Nurul telah naik bot keluar dari rumah.

Tingkat bawah dah dipenuhi air. Tingga abah dan Ariff tunggu diselamatkan. 


Kawasan ni akhirnya dinaiki air juga. Kalau ikutkan, tinggi kawasan ni. Tepi highway. Jauh dari sungai.

Rumah Poknik, tinggi tuh tangga nak naik rumahnya. Datang tinjau dengan bot.
Tiba-tiba saya teringkatkan seorang lagi adik saya (Najib) yang keluar pergi kerja tak pulang-pulang lagi. Saya call..berkali-kali..akhirnya dijawab. Katanya di hospital. Masud wad kerana sakit perut. Mungkin appendix katanya. Subhanallah... kuatkan semangat adikku.

Ada seorang lagi adik. Nazrul. Pulang ke rumah mertuanya di Kuala Krai. Langsung tidak dapat dihubungi. Bertambah risau bila call tak dapat. Tiba-tiba pagi tu dia call. Katanya kawasan rumah mertuanya atas bukit. Tapi air dah naik juga di kampung tu. Tak pernah naik air kampung tu katanya sebab tinggi, atas bukit. Elektrik tak ada, line telefon takde. Dia dapat call sebab keluar cari line. Alhamdulillah lega sebab mereka selamat. Walaupun bila dengar khabar berita Kuala Krai sangat teruk keadaannya.

Di saat ni, umi abah, adik-adik dah berpindah ke rumah Paksu Li. Alhamdulillah, rumahnya tak dinaiki air. Pusat penempatan mangsa banjir SK Seberang tu pun katanya dah naik air ditingkat 1. Kereta yang parking di situ memang tenggelam saya tengok gambar.


Dua hari selepas itu, Ariff kirimkan gambar. Alhamdulillah air makin surut.




Masih belum boleh pulang ke rumah lagi kalau begini gayanya.

Habis semua barang-barang di dapur. Kabinet terbalik, pinggan mangkuk macam mana la agaknya. Barang-barang elektrik??

Kawasan menuju ke bilik air. Tong gas pun terapung dari dapur ke situ.

Saya benar-benar harap ujian ini mampu ditempuh dan diterima seadanya oleh Umi, Abah, adik-adik, kami semua dan semua yang terlibat dalam musibah banjir ini. Bertabah la semua. Walaupun banyak kerosakan harta benda dan sebagainya, jangan kita bersangka buruk pada Allah. Semoga sabar dengan ujian ini. Mungkin ada hikmah disebalik semua kejadian ini.

**********************

Kebetulan hari ini keluar bersama keluarga..macam biasa, pit stop kami tentulah kedai buku. Si anak sulung sangat suka pergi kedai buku. WAJIB, bukan kata HARUS ke, SUNAT ke..bukan!! Walaupun hero ni nak beli komik je pun, ibu layankan je la. Saja nak pupuk minat membaca dia. Tapi rasanya semalam pun dah dah beli sebiji, hari ni sebiji lagi..huhu... Esok lusa? Hmm, tunggu dan lihat..huhu

Semasa beli buku dia, saya pun beli 1 buku utk saya "JIKA INGIN BERJAYA, BERSOLATLAH". Untuk suami pula "IMAM SYAFIE - PEJUANG KEBENARAN". Bila saya belek-belek buku saya tu, ada terbaca..

Rahsia Ujian Hidup

Hidup adalah ujian. Malah ada yang mengatakan ujian sebagai tanda kehidupan. Dr. Norman Vincent Peale berkata, "Masalah adalah tanda kehidupan. Semakin banyak masalah, semakin hiduplah saudara". Ujian melahirkan manusia yang cekal dan tabah. Ujian menghasilkan kreativiti.  Ujian melahirkan manusia yang dinamik. Ujian memperkayakan pengalaman hidup. Ujian memahamkan kita tentang erti hidup. Bukankah sering berlaku keadaan di mana seseorang kembali hidup di jalan yang benar dan menemui makna kehidupan, selepas dia mengalami peristiwa yang sangat menyedihkan dan menyakitkan?

Dr. Murtadha Muthahhari menegaskan, "Secara dasarnya, ujian yang dihadapi kekasih Allah adalah kasih sayang Allah yang dibungkus dengan penderitaan, sebagaimana halnya dengan kenikmatan dan kesenangan yang diperoleh orang yang dimukai Allah. Sebenarnya itu kemurkaan Allah yang dibungkus dengan penderitaan.

.................

Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah berkata, "Muslim yang ditimpa suatu kesakitan, baik kesakitan itu adalah tertusuk duri mahupun lebih daripada itu, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya dan mengampunkan dosa-dosanya sebagaimana daun berguguran daripada pohon". 

Marilah sama-sama kita bersangka baik dengan ujian ini. Semoga ujian ini akan mendekatkan diri kita dengan Allah. In shaa Allah...

24 December 2014

VITAMIN C YANG TERBAIK DI PASARAN

Sedang mengkaji Vitamin C yang terbaik di pasaran?


Bagi saya, Vitamin C yang paling best adalah SHAKLEE!!!

Mengapa Vitamin C Shaklee Terbaik?
~ Bersifat 'Sustained Release'. 100mg dilepaskan bagi setiap 1 jam selama 5 jam tanpa henti.
~ 1 tablet Vitamin C Shaklee (500mg) bersamaan dengan 7 setengah biji oren.
~ Mempunyai 'Bioflavonoids' yang membantu penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C daripada teroksida.
~ Sumber natural iaitu tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Itulah dia perbezaan Shaklee

Selain dari boleh ditelan, Vitamin C Shaklee boleh juga dijadikan masker.
Caranya??


Kalau nak tahu apalagi KEBAIKAN VITAMIN C, sila klik SINI

Nak dapatkan Vitamin C dengan harga PROMOSI, whatsapp Rina okay!!
013.9081892

23 December 2014

TESTIMONI PENGGUNA COLLAGEN POWDER SHAKLEE

Catch of the day

3 kotak terus diterbangkan ke Aloq Staq.
Semoga sampai kepada empunya.
TQ geng!!

‪‎Collagen Powder‬ serius untuk cantik dan kulit yang elastik.
Bulan ni je promosi. Start January dah stop dulu production Collagen ni dekat setahun.
Wanita yang nak kulitnya lembap, elastik, semua-semua tegang, lebatkan rambut, badan makin cergas, grab peluang harga kebabomm ni.

Vitamin C‬ pulak, serius sangat best. 
Bagus untuk mereka yang ada alahan.
Nak cantik, nak sihat.
1 botol boleh tahan 6 bulan.
Cuba darab bahagi. Jimat ke tak.
Lagi jimat kalau grab sekarang.
Ada yang ambik 2-3 botol trus.
Lagi hebat, ambil 1 set. Fuhhh!! Jimat.

Meh cepat meh..
Jangan sampai dah sold out.

Jom tengok apa kata mereka yang dah guna Collagen Powder =) a.k.a TESTIMONI











Best, kan? Makin cantik dan berseri-seri mereka. Jomlah berseri-seri juga =)


UNTUK PERTANYAAN DAN PEMBELIAN:

SMS/WHATSAPP : 013.9081892 (ARINA)
Email: darwish3@gmail.com

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Vitamin Keluarga Sihat Menawan | Template Designed By Blog Bingkisan Hati