22 August 2014

PETUA ANAK PINTAR





Hakikatnya mendidik anak memerlukan kesabaran serta ketekunan terutama anak-anak yang berada dalam tempoh pembelajaran.dalam tempoh inilah ibubapa perlu memberi sepenuh perhatian dan kasih sayang yang mencukupi. Saya pasti semua ibubapa di dunia ini memasang impian mempunyai anak-anak yang pintar, bijak, soleh, baik budi pekerti dan menghormati orang tua apabila dewasa kelak. Maka dalam proses melahirkan anak yang yang pintar ibubapa seharusnya sudah mempunyai formula khas bagi melahirkan serta membentuk anak yang yang pintar. Jika anda masih kabur dan tercari-cari petua anak pintar serta tip anak pintar disini saya kongsikan beberapa tip untuk melahirkan ank yang pintar dan bijak


1) Pemakanan
Pemakanan sangat memainkan peranan penting dalam proses melahirkan anak yang pintar. Ibubapa perlu memberikan makanan yang berkhasiat dan cukup dari segala protien, mineral, vitamin, kalsium dan lain-lain lagi. Makanan yang baik dapat membentuk tumbesaran otak dengan sempurna. Untuk tumbesaran anak beri kalsium secukupnya seperti susu yang penuh dengan kalsium. Selain itu beri anak anda makan ikan kerana ikan mempunyai sumber protien yang banyak yang diperlukan oleh anak-anak anda. Pati minyak ikan kod juga membekalkan banyak vitamin.jadi boleh berikan anak anda pati minyak ikan kod.


2) Keadaan sekeliling
Kawasan persekitaran anak-anak anda juga memainkan peranan yang penting untuk menjadikan anak yang bijak. Rangsangan ibubapa sangat penting dengan cara menyediakan kawasan permainan khas untuk anak-anak kecil anda. Dengan memberikan permainan yang sesuai anak anda akan mendapat rangsangan awal apabila bermain. Anak anda sebenarnaya sedang mempelajari sesuatu dari setiap aktiviti hariannya. Jadi jangan sekat apa kemahuannya. Biarkan dia kreatif melakukan apa sahaja. Ini dapat merangsang otak anak anda.


3) Pengalaman luar
Sediakan peruntukan khas untuk membawa anak-anak pergi ke tempat lain untuk menimba ilmu. Suasana yang berlainan dari yang biasa mereka lalui pasti akan merangsang mereka untuk mempelajari sesuatu yang baru. Bak kata pepatah "jauh perjalanan luas pemandangan" luas pemandangan bererti semakin banyak pengalaman yang bakal anak anda perolehi. Inilah yang akan mendorong anak anda menjadi lebih pintar.


4) Beri peluang
Dalam melatih anak anda menjadi pintar apa yang penting ialah melibatkan anak anda dalam sesuatu situasi. Jangan pinggirkan mereka hanya dengan alasan anak anda masih kecil lagi. Itu adalah kesilapan yang sangat BESAR! Contohnya jika anda ingin mengecat rumah cuba libatkan anak anda dalam membuat keputusan bersama dalam memilih warna yang ingin dipilih. Ini dapat merangsang anak anda untuk berfikir dan secara tidak langsung akan menanam satu perasaan dalam hati anak anda yang dia juga penting dalam keluarga dan diri rasa diberi penghargaan.



5) Beri penghargaan
Anak-anak suka jika apa yang mereka lakukan mendapat perhatian dan mendapat pujian terutama dari ibubapa mereka. Contohnya apabila anda meyuruh mereka membuat sesuatu kerja apabila anak anda berjaya melakukan cuba beri satu penghargaan seperti memberi hadiah. Cara ini pasti akan menggembirakan anak anda. Dengan rangsangan sedemikian anak anda akan menjadi lebih rajin dan taat kepada anda. Selain dapat melatih anak anda menjadi lebih kreatif apabila diberi sesuatu tugasan.

Sememangnya mendidik anak menjadi pintar memerlukan masa yang lama untuk melihat hasilnya. Namun jika anda fokus dan memberi sepenuh perhatian didalam proses ini anda pasti dapat melahirkan anak-anak yang pintar, bijak, soleh serta taat kepada ibubapa. Harap perkongsian ini membantu anda.

SUMBER



Terima Kasih

No comments:

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Vitamin Keluarga Sihat Menawan | Template Designed By Blog Bingkisan Hati