07/01/2014 - 08/01/2014


23 July 2014

FEED BACK POSITIF VITAMIN C SHAKLEE a.k.a TESTIMONI HOT FROM OVEN UNTUK HARI INI

FEED BACK POSITIF VITAMIN C SHAKLEE a.k.a TESTIMONI HOT FROM OVEN UNTUK HARI INI

Dapat feed back positif bila kawan-kawan guna #VitaminC dan #BComplex.



1. Kulit muka kurang berminyak dah. 
Yeap, Vitamin C mampu membentuk kolagen. Kulit akan jadi lebih moist.
2. Gusi berdarah tiada lagi.
Yeap, Vitamin C mampu memperbaiki simpton pendarahan pada gusi. Jadi, ambil 2 biji, patahkan dan telan.

Itu adalah 2 daripada 7 manfaat utama.
Memang sangat berkesan. Insha Allah.

Sebotol ada 180 biji. Kalau makan sebiji sehari, 6 bulan tahan tau.

1 tablet vitamin C Shaklee mengandungi 7 1/2 hidangan sebiji buah oren termasuk kulitnya (500mg)

Berbaloi ke tak???

Nak tips lagi, cara makan yang betul..meh whatsapp Rina 0139081892



Jom kita tengok, apa lagi MANFAAT UTAMA VITAMIN C SHAKLEE ni...


Membentuk Kolagen
-  Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.
Memperbaiki Simptom Pendarahan
-Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
✿Peningkatan Sistem Imun 
- Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
Memerangi kanser 
- Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.
✿Mencantikkan Kulit 
- Pengambilan Vitamin C hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
Memperbaiki Insomnia 
- Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
✿Mengekalkan kolestrol sihat 
- Ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.




Untuk membeli SUSTAINED RELEASE VITAMIN C secara terus, sila --> KLIK
Untuk membeli SET KECANTIKAN secara terus, sila --> KLIK

Untuk info lanjut;

ANDA PENIAGA ONLINE?? WAKTU YANG SESUAI UNTUK MENGIKLANKAN PRODUK DI FACEBOOK / FAN PAGE

ANDA PENIAGA ONLINE??
WAKTU YANG SESUAI UNTUK MENGIKLANKAN PRODUK DI FACEBOOK / FAN PAGE

Kali ini, saya nak kongsi sikit tentang waktu-waktu sesuai untuk buat promosi di Facebook. Kenapa saya katakan ada waktu sesuai? Sebab pertama sekali, Facebook ni berunsurkan ‘Live Updating’. Contohnya, kalau kita buat promosi pada waktu 3am, orang yang buka facebook pada jam 9pagi mungkin dah tak nampak post promosi anda sebab sudah ditenggelami post dan status update dari kawan-kawan lain dalam friendlist dia.


Jadi,bilakah waktu promosi yang sesuai?


Selepas subuh (6am – 7am):


Waktu sebegini, bagus untuk mempromosikan branding anda. Sebab orang baru bangun tido, baru celik mata, baru mandi, masih segar, minda masih fresh. Jadi post yang sesuai untuk bina branding? Bagilah tazkirah pagi, kata-kata motivasi, tips menceriakan hari, pastu letak ‘link website’ anda ke, link ‘fanpage ke’ dan sebagainya. Post promosi produk kesihatan pun bagus sebabnya orang baru bangun tidur, ada yang baru sarapan pagi dan ada dah pasang niat malam sebelumnya untuk kuruskan badan.


Selepas minum pagi (8am – 10am):


Yang masuk kerja pagi, ada yang pegi minum kopi dulu, ada yang santai2 check smartphone dorang, (tak terfikir ke apasal ada yang update status mcm 24hrs di Facebook? Sebab dorang browse dari smartphone ler). Masa ni memang sesuai untuk terus bina branding perniagaan anda. Kalau ada ‘testimoni’ dari pelanggan, boleh post sekali masa waktu ni.


Waktu makan tengah hari (12pm – 2pm)


Lunch time, apa lagi, facebook lah. Standard la tu. Tgh makan mmg tak check. Tapi lepas makan? Ha, smartphone kluar lagi, ada yang guna tablet, login facebook, update status, gambar ikan goreng la, sambal belacan la, kari ayam la, dan masa ni juga kalau kita mula nak post PROMOSI produk kita sangat sesuai. Sertakan juga testimoni pembeli kalau ada. Gambar memainkan peranan penting jadi kalau ada gambar yang boleh terujakan lagi seseorang tu, post le.


Selepas minum petang (4pm – 6pm):


Ni pulak, ada yang da mula masuk mood shopping. Yang wanita, dah mula buka balik post-post yang menarik perhatian mereka masa WAKTU LUNCH tadi. Sama juga dengan lelaki. Tetapi, mereka masih belum nak beli. Yang beli tu memang da sedia ‘ready cash’ dalam akaun dan ada masa untuk buat internet banking dan sebagainya. Tapi lazimnya, seseorang tu akan memikirkan dulu tentang produk tu. Dia akan gambarkan produk tu dalam minda dia dalam perjalanan balik dari ofis. Jadi masa ni, boleh post promosi seperti “Terhad, hanya untuk 5 pelanggan pertama sahaja, harga sekian2. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi sekian-sekian”.


Selepas makan malam & Isyak (9pm – 12midnight):


Inilah waktu HOT. Tapi jangan sampai buat promosi seperti tiada hari esok. Islam menggalakkan kita untuk menuju kearah kesederhanaan. Jadi buat promosi pun sederhana sahaja. Gunakan ayat-ayat soft selling untuk menarik perhatian. Gunakan ayat-ayat yang dapat memberikan impak emosi kepada bakal pembeli. Dan masa ni jugalah anda MESTI online kalau anda buat promosi. Kerana kalau pembeli tu dah memang bersedia nak beli, tapi anda pulak tak online, dan ada tawaran lagi satu dari peniaga lain, mereka akan beli dari orang tu pula.


So, simple tapi tak semudah itu nak mendapatkan jualan ya. Ini cuma pencerahan sahaja. Panduan. Boleh cuba kalau nak, kalau tak nak pun takpe. Hehe. Dan ini adalah hasil dari pengalaman buat promosi di Facebook secara percuma. Respons yang kita dapat dari pembeli dan trend membeli secara online pada waktu apa.


Manakala masa sesuai untuk ping entri you all di Facebook pula ialah pada pukul 9 pagi hingga 4 petang setiap hari dan elakkan melalukan ping selepas jam 4 petang. 

Turut dilaporkan bahawa hari Rabu jam 3 petang merupakan waktu yang paling sesuai untuk ping entri di Facebook.

~ SELAMAT MENCUBA ~





21 July 2014

PRODUK PENJAGAAN KULIT NUTRIWHITE SHAKLEE

PRODUK PENJAGAAN KULIT NUTRIWHITE SHAKLEE

Hari ni Rina nak cerita tentang Produk Penjagaan Kulit NutriWhite Shaklee. Rina mula guna Gentle Deep Foaming Cleanser Nutwhite. Sangat best muka akan rasa sangat bersih dan licin lepas guna. Berbeza dengan pakai jenama N**** yang dah pakai sejak anak dara sampai beranak dua ni. hehehe.

Walaupun harga lebih sikit dari pencuci muka yang biasa beli kat pasaraya tu, tapi ada kelebihan lain, iaitu:
1. Tahan lama. Dah tiga bulan pakai, masih banyak lagi.
2. Tiada bahan kimia yang merbahaya dengan ujian yang menyeluruh.
3. Dijamin selamat dan berkesan.

Dengan NutriWhite - Kulit menjadi lebih CERAH, SIHAT, MUDA, PUTIH BERSERI & KULIT YANG SEKATA.


Langkah penggunaan rangkaian produk Nutriwhite Shaklee: 

Membersih


Gentle Action Make Up Remover & Gentle Deep Foaming Cleanser

Cara Penggunaan : sapu pada kulit yang basah dan bilas dengan menggunakan air suam.
Fungsi : Kulit akan lebih bersih , licin, lembut, segar dan berseri, menyingkirkan sel kulit mati tanpa meninggalkan sisa

Memperbaharui

Soothing Radiance Whitening Cleanser


Cara Penggunaan : Tuang sedikit pada kapas & sapukan perlahan2 ke seluruh muka dan leher. 
Fungsi : Memulihkan kulit pada keseimbangan PH semulajadi. Kulit akan jadi lebih anjal & segar serta lembut

Mencerahkan

 Daily Defense Whitening Essence 


Cara Penggunaan : Apply pada keseluruhan wajah yang bersih, sapu sama rata ke seluruh muka dan leher
Fungsi : melicin, mencerahkan dan menegangkan. Membantu mengeluarkan pigmentasi, melembutkan dan mengurangkan tompokan gelap serta mengelakkan keosakkan akibat dari matahari. Mempunyai Vit c yang aktif untuk memperbaiki kulit

Merawat

Spot Whitening Treatment


Cara Penggunaan : Sapu sedikit ke kawasan gelap pada kulit, sekali @ 2 kali sehari. Elakkan dari tededah kepada cahaya matahari selepas penyapuan.
Fungsi : Berkesan untuk kurangkan kesan tompokan akibat matahari & jeragat.

Mencegah

Ultimate Protection  Whitening Lotion SPF 15 


Cara Penggunaan : Untuk kegunaan siang hari, sapu lembut dan ratakan ke seluruh muka & leher, elakkan dari kawasan mata.
Fungsi : Elak keradangan kulit, melindungi kesan buruk dari matahari dan membina Penentangan terhadap kerosakkan alam sekitar.

Menganjalkan

Overnight Renewal Whitening Cream


Cara Penggunaan : digunakan pada waktu malam, sapu perlahan keseluruh muka dan leher
Fungsi : Meremajakan kulit ketika waktu tidur dan anda akan bangun dengan kulit wajah yang lebih segar dan cerah

Langkah-langkah yang disertakan ini adalah pelengkap untuk mereka yang inginkan kulit yang licin cerah dan berseri dengan Set NutriWhite Shaklee.



Info lanjut/order:
Whatsapp/SMS: Arina 0139081892




19 July 2014

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (SID) KAWASAN JOHOR BAHRU, JOHOR

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (SID) KAWASAN JOHOR BAHRU, JOHOR

Bagi kawan-kawan yang berada di kawasan Johor Bahru, boleh hubungi saya untuk dapatkan produk Shaklee. 

Bagi yang di luar Johor Bahru juga jangan risau, saya boleh pos laju anytime. 

Servis dijamin tip top. 
Free consultation anytime..anywhere.
 Intake guide juga akan diberi.
Nak join Shaklee Member pun boleh :)

Arina 013.9081892
Facebook saya --> Klik




Projek Baju Hari Raya Pertama Saya

Projek Baju Hari Raya Pertama Saya

Tak sabar nak mem-blog rasanya sebab hari ni blog baru siap.

Dalam kepala hanya ada 1 perkara je. Nak buat to-do list hari ni. Mood raya is on. Tapi baju raya utk raya pertama belum pilih lagi nak pakai yang mana. Bukan tak ada baju. Baju yang belum pakai ada 4 pasang. 3 baju kurung, 1 dress. Tapi semuanya macam tak sesuai je untuk photoshoot Hari Raya Pertama. hehehe

Kenapa?

Sebab ayahnya pakai khurta putih line hitam, anak-anak pulak pakai jubah lengan pendek kaler krim. Jadi, kalau baju kurung moden dan baju dress simple tak sesuai, kan?

Dalam hati saya hanya ada 1 dress ni yang saya rasa sesuai. Warna hitam. Ada sequin. Wow!! Tak sabar nak g carik.

Brand: Zawara (tapi dah out of stock.huhu)

Takpe, positif thinking. Nak pergi juga butik Zawara ni, tapi kalau takde, cuba jugak carik di butik-butik lain. Tapi tu la, harganya mahal skit. Rina pernah jumpa.

Kriteria dress untuk Hari Raya Pertama ni, mestilah:
1. Tidak ketat, kain tidak melekat pada badan.
2. Nursing Friendly sebab Firash fully breastfeed.
3. Warnanya mesti 'masuk' dengan baju suami.

Okeh, misi akan diteruskan petang ni. Jap lagi nak masak untuk berbuka siap-siap. Nanti senang, balik makan je. Menu hari ni?? NASI KERABU lauk ikan celup tepung + saghe. Hmmm, slurpsss...

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Vitamin Keluarga Sihat Menawan | Template Designed By Blog Bingkisan Hati