01/01/2015 - 02/01/2015


30 January 2015

BBM Bunga Matahari. Kali Ini Yang Besar Punya!!

Bestnya kalau dapat buat ni.
Tak sabar nak buatttt!!!


29 January 2015

BBM Bunga Matahari.. Cikgu Mesti Suka



Saya suka sebab nanti boleh ajar murid-murid buat untuk kelas Kemahiran Manipulatif. Nak asah skill motor halus mereka.

Jom cuba =)

28 January 2015

MENCARI PENAPIS AIR JIMAT DAN BERKUALITI?

Ada beza? Memang berbeza!!!



Ini eksprimen sebenar-benar cerita... nak tunjukkan betapa air paip yang saya gunakan selama ni sgt tidak selamat.

Gelas kiri - Air paip sinki dapur yang mula2 keluar (ergh, berkarat..)

Gelas tengah - Air paip yang dah lama dibiarkan mengalir (karat kurang npk, tp still ada tu)
Gelas kanan - Air yang telah dituras menggunakan Get Clean® Water Pitcher Shaklee --> sudah selamat diminum

Tak rugi beli Get Clean® Water Pitcher Shaklee ni utk kesihatan keluarga.

- Especially kalau rumah sewa. Tak payah nak pasang, wayar berselirat sambung ke paip dan segala bagai.
- Siap leh bawak ke mana2 lagi..
- Kualiti?? Menandingi jenama terkemuka di pasaran. Tak perlu risau dengan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dll..
- Harga?? Sangat mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja.



UNTUK PERTANYAAN DAN PEMBELIAN:

SMS/WHATSAPP : 013.9081892 (ARINA)
Email: darwish3@gmail.com.

26 January 2015

Allah SWT Tempat Kita Mengadu

Sabtu lepas ada majlis sambutan Maulidurrasul di sekolah. Antara penceramah yang dijemput ialah adik Nail. Didatangkan khas dari Sumatera, Indonesia. Semasa beliau berceramah, saya rasa macam pernah dengar suara ni. Tapi bila tengok tuannya, lain. Yang kat depan saya ni macam dah berumur 13-14 tahun. Tapi, bila last sekali dia sebut ayat macam dalam video ini, baru saya konfemkan. Memang betul dia. Dah besar rupanya dia..

Kita layan video ni dulu. Anak saya Firash sangat suka tengok. Diulang-ulangnya banyak kali. 



Antara point yang saya ingat dan takkan lupa ialah tentang cerita Nabi Muhammad SAW. Katanya, kita semua ada ibu bapa untuk bermanja. Ada ibu bapa untuk meminta. Ada ibu bapa untuk mengadu. Nabi tiada ibu bapa. Baginda hanya ada Allah. Allah tempat Baginda mengadu. Allah tempat Baginda bermanja. Allah tempat Baginda meminta.

Terkesan di hati. Di saat kita sedih, resah, takut, kecewa, kita memerlukan seseorang untuk meluahkan, lebih baik kiranya kita cari Allah.

Terima kasih adik atas ingatan ini. Terima kasih kerana mengingatkan. Sesungguhnya aku sangat memerlukan-Mu ya Allah...

p/s: Adik Nail ini sangat bagus orangnya. Semasa berceramah, begitu bersemangat. Disertakan dengan hadis dan dalil Al-Quran. Sesudah ceramahnya, dia tunduk sahaja bila menghadap audience (rata-rata murid tahun 6, 5, 4, ibu dan guru-guru). Mungkin menjaga pandangan agaknya. Sebab beliau kan menghafaz Quran. Wajahnya sangat bersih dan suci. Sangat beruntung ibu bapanya. Semoga kita juga dikurniakan anak seperti adik Nail. In shaa Allah..

23 January 2015

VIVIX UNTUK KENCING MANIS DAN DARAH TINGGI

Kalau ada kencing manis, darah tinggi.. memang sangat bagus guna ‪#‎Vivix‬.
Mak ayah yang ada ‪#‎kencingManis‬ & ‪#‎darahTinggi‬ boleh cuba Vivix dan rasai perbezaannya.


UNTUK PERTANYAAN DAN PEMBELIAN:

SMS/WHATSAPP : 013.9081892 (ARINA)
Email: darwish3@gmail.com

22 January 2015

CARA NAK CUCI USUS

USUS BERKELADAK? USUS BERKERAK?

Ada masalah sembelit?
Nak kurus tapi tak kurus-kurus?
Mungkin sebab kat usus tu dah berkeladak.
Meh cuci usus anda dengan ‪#‎HerbLax‬ nih..
Nanti rasa lega dan besttt tau

















UNTUK PERTANYAAN DAN PEMBELIAN:

SMS/WHATSAPP : 013.9081892 (ARINA)
Email: darwish3@gmail.com

21 January 2015

PROMOSI SHAKLEE JANUARI 2015

3 PRODUK PROMO BULAN. HUYYYOO!!!

Ada sesuatu yang istimewa bulan ni.

Kalau grab promosi bulan ni 2 kali ganda istimewa u all dapat.
Meh sape nak ‪#‎Alfalfa‬‪#‎Vivix‬‪#‎VitaleaForChildren‬ yang promo vavavom nih.
Istimewa utk yang istimewa.






Kenapa saya kata istimewa?
Sebab anda akan dapat harga yang sangat jimat. Sebelum dah memang diskaun, bulan ni 2 kali ganda diskaun akan dapat. Keduanya, nak bagi Free Gift yang sangat besstttt pada yang order. Cepat, jangan lambat!!!


UNTUK PERTANYAAN DAN PEMBELIAN:

SMS/WHATSAPP : 013.9081892 (ARINA)
Email: darwish3@gmail.com

17 January 2015

TAK SANGGUP NAK MINUM AIR DARI PAIP KARAT TU HARI-HARI

Ini setahun lebih yang lepas. Bermakna saya dah guna Water Pitcher ni setahun lebih.
Sangat best airnya. Rasa sedap.
Sangat bersih dan terjamin untuk saya beri pada anak-anak.
Sangat bahagia kerana dapat jaga kesihatan diri dan keluarga.
Sangat beruntung kerana kenal Water Pitcher ni iaitu penapis air yang sangat portable dan 100% berkesan.

"Semalam Firash tolong ayahnya baca manual Get Clean® Water Pitcher Shaklee.



Sebenarnya dah lama nak beli penapis air untuk kegunaan rumah (dah lama survey, tapi nak pasang kat rumah sewa dan maintenance serta harga yang ribu riban, jadi tak terbeli). Memandangkan setiap kali buka paip di sinki, air pertama yang keluar, kaler coklat tu..mungkin karat kot. Memang rasa sangat tidak selamat nak guna untuk minum walaupun dimasak. Kadang-kadang ada beli jugak air mineral di pasaraya. Tapi sekarang tak perlu lagi..

PENAPIS AIR SUPER JIMAT.

JIMAT DUIT.
JIMAT ELEKTRIK.
JIMAT TENAGA.
JIMAT RUANG.
JIMAT BIL HOSPITAL UNTUK MASA AKAN DATANG.

Water Pitcher Shaklee ni dapat menandingi jenama terkemuka yang lain. Selain tu, disahkan juga dapat mengurangkan kandungan plumbun, merkuri, kadmium dan bahan-bahan tercemar yang lain di samping mengekalkan kandungan mineral yang sihat. Disahkan juga dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin. 303 liter (80 gelen) air dapat dituras (2 kali ganda lebih dari jenama terkemuka). Ia juga sistem penuras jag air berblok - karbon isian semula yang pertama dan tak perlu kita panggil pihak penjual untuk maintenance...leh tukar sendiri. sangat mudah.."

Kenapa inilah pilihan bijak saya? Sebab...
- hanya beberapa sen bagi seliter air
- air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
- jag bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras - tidak memerlukan kuasa elektrik
- ringan dan mudah dibawa
- menjimatkan kos - tanpa perlu dimasak

* boleh bawak balik kampung or pergi holiday...portable dan wajib ada utk setiap keluarga, ofis, kedai, kelas dan sebagaR

PM untuk dapatkan harga paling TERBAEEEKKKK dalam dunia ni..


Arina | Rakan Shaklee Anda =)

16 January 2015

BAHAYA MINUM AIR BERKARAT

PENAPIS AIR YANG DIJAMIN BERKESAN
-----------------------------------------------------

Haaaa, tu diaaa tukar filter.
Senang je, cabut.
Letak yang baru.
Bayangkan minum air dari paip besi tu walaupun dimasak tapi tidak ditapis..
Erkkk!!
Nasib baik ‪#‎Shaklee‬ ada jag penuras air.
Bersih. Selamat. Setanding kualiti jenama terkemuka.
Harga, jauh beza lagi murah dan jimat Shaklee punya.
Portable pulak tu..
Balik kampung ke, g bercuti ke, boleh bawa.
Sebab nak minum air bersih walau di mana kita berada.

Saya Rina =)
~Rakan Shaklee Anda
~ COD Johor Bahru
~Pos seluruh Malaysia

15 January 2015

PENAWAR SAKIT SENDI IBU JARI KAKI SAYA

Dah 4-5 hari sakit di bahagian sendi ibu jari kaki kiri.
Malam tadi telan ‪#‎Ostematrix‬.
(Kebetulan Oste habis dah seminggu)..
Hari ni saya perasan bila solat tak sakit dah.
Alhamdulillah..
Sekarang dah tau apa supplemen yang sesuai kalau jari kaki saya sakit smile emoticon
‪#‎kalsium‬


Arina | 013.9081892
-Your trusted Shaklee distributor-

13 January 2015

Alfalfa ni sangat istimewa?

Keistimewaan Alfalfa Shaklee <<< Promosi Bulan Ini!!!

1.  Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang) 
2.  Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia 
3.  Di sediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji   
4.  Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi 
5.  Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit 
6.  Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan. 
7.  Membersihkan hati 
8.  Membantu melengkapakan zat dan nutrien dalam pemakanan kita.





UNTUK PERTANYAAN DAN PEMBELIAN:

SMS/WHATSAPP : 013.9081892 (ARINA)
Email: darwish3@gmail.com

Kenapa Alfalfa Sangat Bagus?

Nak tahu kenapa ramai yang gunakan Alfalfa sebagai makanan tambahan?


----------------------------------------------
20 Manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan
-----------------------------------------------
1. Merawat gangguan pencernaan
2. Mengawal kolestrol dalam darah
3. Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh
4. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5. Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6. Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
7. Mengurangkan simptom menopous
8. Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
9. Merawat masalah sembelit
10. Menyahkan toksik dalam tubuh
11. Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
12. Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
13. Membantu masalah penghadaman
14. Membantu memperbanyakkan susu ibu
15. Mengurangkan masalah pundi kencing
16. Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
17. Meningkatkan kesihatan prostat
18. Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
19. Menghangatkan hubungan suami isteri
20. Membantu tingkatkan kesihatan lelaki
Bagus, kan? Ibarat farmasi bergerak.
Patut la digelar THE FATHER OF ALL FOODS
Bagi yang nak teruskan guna, lebih baik grab sekarang. Sebab kawan-kawan akak untung banyaaaakkkk. Bulan ni promosi, okay!!
Nak lagi jimat, botol besar trus. Jimat berganda tau..

UNTUK PERTANYAAN DAN PEMBELIAN:

SMS/WHATSAPP : 013.9081892 (ARINA)
Email: darwish3@gmail.com

10 January 2015

CARA ELAKKAN ORANG RAMAI NAMPAK KETIKA MENYUSU DI DALAM KERETA

Berita baik buat BF Mommy!!



Ibu menyusu kan seorang yang 'eksklusif'.
Baju eksflusif. Ada zip.
Bra eksklusif. Boleh bukak.
Pergi shopping mall, ada bilik khas untuk BF.

Eksklusifnya ibu menyusu ni...

Ni nak share 1 barang / aksesori yang saya dapati dari Daiso kat Aeon.
Macam biasa, harganya rm5 je.

Memandangkan tinted lebih-lebih kang kena saman pulak.
Apa kata beli langsir cumil ni.

Dulu saya guna sun-shade je.
Tapi kalau guna langsir ni boleh dilaras-laras.
Kalau dah siap menyusu, boleh je bukak langsir tu.
Senang dan selamat kalau kereta berhenti kat trafic light (takut kereta sebelah pandang, buat apa tu? hihi)

Mana nak dapatkan?
DAISO...

#breastfeedingbaby
#breastfeedingmommy
#breastfeeding
#bf

09 January 2015

MINGGU PERSEKOLAHAN 2015 BAGI SEMUA NEGERI

Assalamualaikum,

Selamat kembali ke sekolah wahai cikgu-cikgi dan anak-anak murid sekalian..
Hari ni cikgu nak kongsikan Minggu Persekolahan 2015 untuk semua negeri di Malaysia.
Semoga dapat membantu cikgu-cikgu menyiapkan Rancangan Pengajaran Tahunan okay!!

Selamat bersekolah =)


Minggu persekolahan untuk Kelantan, Terengganu, Johor & Kedah

Minggu 1 = 11/01/15 - 15/01/15
Minggu 2 = 18/01/15 - 22/01/15
Minggu 3 = 25/01/15 - 29/01/15
Minggu 4 = 01/02/15 - 05/02/15
Minggu 5 = 08/02/15 - 12/02/15
Minggu 6 = 15/02/15 - 19/02/15
Minggu 7 = 22/02/15 - 26/02/15
Minggu 8 = 01/03/15 - 05/03/15
Minggu 9 = 08/03/15 - 12/03/15

Cuti pertengahan penggal pertama
13/3/15 - 21/3/15 (9 hari )

Minggu 10 = 22/03/15 - 26/03/15
Minggu 11 = 29/03/15 - 02/04/15
Minggu 12 = 05/04/15 - 09/04/15
Minggu 13 = 12/04/15 - 16/04/15
Minggu 14 = 19/04/15 - 23/04/15
Minggu 15 = 26/04/15 - 30/04/15
Minggu 16 = 03/05/15 - 07/05/15
Minggu 17 = 10/05/15 - 14/05/15
Minggu 18 = 17/05/15 - 21/05/15
Minggu 19 = 24/05/15 - 28/05/15

Cuti pertengahan tahun
29/5/15 - 13/6/15 (16 hari)

Minggu 20 = 14/06/15 - 18/06/15
Minggu 21 = 21/06/15 - 25/06/15
Minggu 22 = 28/06/15 - 02/07/15
Minggu 23 = 05/07/15 - 09/07/15
Minggu 24 = 12/07/15 - 16/07/15
Minggu 25 = 19/07/15 - 23/07/15
Minggu 26 = 26/07/15 - 30/07/15
Minggu 27 = 02/08/15 - 06/08/15
Minggu 28 = 09/08/15 - 13/08/15
Minggu 29 = 16/08/15 - 20/08/15
Minggu 30 = 23/08/15 - 27/08/15
Minggu 31 = 30/08/15 - 03/09/15
Minggu 32 = 06/09/15 - 10/09/15
Minggu 33 = 13/09/15 - 17/09/15

Cuti pertengahan penggal kedua 18/9/15 - 26/9/15
(9 hari )

Minggu 34 = 27/09/15 - 01/10/15
Minggu 35 = 04/10/15 - 08/10/15
Minggu 36 = 11/10/15 - 15/10/15
Minggu 37 = 18/10/15 - 22/10/15
Minggu 38 = 25/10/15 - 29/10/15
Minggu 39 = 01/11/15 - 05/11/15
Minggu 40 = 08/11/15 - 12/11/15
Minggu 41 = 15/11/15 - 19/11/15

Cuti akhir thn = 20/11/15 - 2/1/2016

*****************************************************************************


MINGGU PERSEKOLAHAN 2015 bagi negeri selain Kelantan, Terengganu, Johor & Kedah


Minggu 1 = 12/01/15 - 16/01/15
Minggu 2 = 19/01/15 - 23/01/15
Minggu 3 = 26/01/15 - 30/01/15
Minggu 4 = 02/02/15 - 07/02/15
Minggu 5 = 09/02/15 - 13/02/15
Minggu 6 = 16/02/15 - 20/02/15
Minggu 7 = 23/02/15 - 27/02/15
Minggu 8 = 02/03/15 - 06/03/15
Minggu 9 = 09/03/15 - 13/03/15
Minggu 10 = 23/03/15 - 27/03/15
Minggu 11 = 30/03/15 - 03/04/15
Minggu 12 = 06/04/15 - 10/04/15
Minggu 13 = 13/04/15 - 17/04/15
Minggu 14 = 20/04/15 - 24/04/15
Minggu 15 = 27/04/15 - 01/05/15
Minggu 16 = 04/05/15 - 08/05/15
Minggu 17 = 11/05/15 - 15/05/15
Minggu 18 = 18/05/15 - 22/05/15
Minggu 19 = 25/05/15 - 29/05/15
Minggu 20 = 15/06/15 - 19/06/15
Minggu 21 = 22/06/15 - 26/06/15
Minggu 22 = 29/06/15 - 03/07/15
Minggu 23 = 06/07/15 - 10/07/15
Minggu 24 = 13/07/15 - 17/07/15
Minggu 25 = 20/07/15 - 24/07/15
Minggu 26 = 27/07/15 - 31/07/15
Minggu 27 = 03/08/15 - 07/08/15
Minggu 28 = 10/08/15 - 14/08/15
Minggu 29 = 17/08/15 - 21/08/15
Minggu 30 = 24/08/15 - 28/08/15
Minggu 31 = 31/08/15 - 04/09/15
Minggu 32 = 07/09/15 - 11/09/15
Minggu 33 = 14/09/15 - 18/09/15
Minggu 34 = 28/09/15 - 02/10/15
Minggu 35 = 05/10/15 - 09/10/15
Minggu 36 = 12/10/15 - 16/10/15
Minggu 37 = 19/10/15 - 23/
10/15
Minggu 38 = 26/10/15 - 30/10/15
Minggu 39 = 02/11/15 - 06/11/15
Minggu 40 = 09/11/15 - 13/11/15
Minggu 41 = 16/11/15 - 20/11/15

Semoga membantu..

08 January 2015

VITAMIN UNTUK KEKAL CERGAS, AKTIF DAN SIHAT

After breakfast --> vitamin kesihatan optimum



3 serangkai orang kata.
Kenapa ketiga vitamin ni penting?

#VitaminC
~ membantu menyalurkan vitamin C berterusan
~ membantu menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan badan

#bComplex
~ menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamib B dan asid folik bagi membantu memelihara kesihatan yang baik

#Vitalea
~ dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting
~ membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik


Kesimpulannya, badan saya sememangnya memerlukan supplemen sebab saya makan suka-suka hati, tak ikut piramid makanan, tak suka makan sayur, jarang makan buah, suka-suka hati jerrrrr..
Sebab tu saya sangat menjaga kesihatan dengan cara amalkan supplemen.

Shaklee Effect saya apa tau, lepas guna Shaklee ni?

1. Jarang demam
2. Cergas, aktif
3. Resdung takde dah
4. Insomnia pun takde. Asal letak kepala je lena.
5. Berat dah turun
6. Migrain dah takde.
7. Dah 2 tahun tak telan panadol sebab Shaklee yang mesra alam tu ada.
8. Anak-anak makin sihat.
9. Hidup makin bahagia dan gembira
10. Tengah bulan ada gaji Shaklee. Jom join dengan saya =)


UNTUK PERTANYAAN DAN PEMBELIAN:



SMS/WHATSAPP : 013.9081892 (ARINA)
Email: darwish3@gmail.com

06 January 2015

AMALAN SUNNAH RASULULLAH

Jom print dan tampal 55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH ni untuk panduan kita dan anak-anak.

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah   anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....

Sebarkan...spya lbh ramai lg yg mengamalkn sunnah...jom amal sunnah nabi!!

-Arina-
Your trusted Shaklee distributor

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Vitamin Keluarga Sihat Menawan | Template Designed By Blog Bingkisan Hati