Pengalaman Menjadi Ketua Rumah Sukan ~ Hijau...Satria!!


01 June 2015

Pengalaman Menjadi Ketua Rumah Sukan ~ Hijau...Satria!!

Dah lama tak bersiaran. Malam ni rasa nak menulis pula. Ada sesuatu yang ingin dikongsi. Pengalaman menjadi Ketua Rumah Sukan, Hijau.

Di saat nama rina diumumkan menjadi ketua rumah sukan Hijau, rasa nak pitam sekejap. Bayangkan, guru Pendidikan Khas yang tak kenal murid aliran perdana. Nak latih, nak pilih, memang tak kenal. Saya kenal budak-budak saya je. Budak aliran perdana ni ada yang tak ingat siapa nama saya. Dalam group whatsapp guru-guru rumah Hijau, saya bagitau..."Kenapa pilih saya. Saya takde bulan 5. saya bawa budak g lawatan Langkawi. Saya S/U, memang busy. Tolonglah, pilih orang lain". Itu mesej terakhir dalam group, sehinggalah tiba bulan 3, dah dekat nak sukan. Saya redha. Itu takdir saya. Mungkin ada hikmah disebaliknya... Kami cikgu-cikgu rumah hijau bersatu dan mula bincang. Saya mula beli barang-barang keperluan. Kerja saya sepanjang bulan Mac, April, Mei adalah berulang alik ke kedai buku, DIY, kedai rm2. Anak-anak dan suami pun ikut je la. Malam-malam pun redah g cari barang lagi.

Sebelum sukan, setiap hari Jumaat saya panggil murd-murid rumah Hijau untuk training. Kita nak aim Sukantara dulu. nak kena pilih 20 lelaki dan 20 perempuan. Penat macam mana pun, hari Sabtu sekolah pun, tetap kuatkan semangat datang latih budak. Kenapa? Sejak saya masuk sekolah ni, Hijau no. 4. Yang terakhir. Tapi tahun lepas, kami dah cuba untuk naik, kami no.3. Tahun ni pula kami taknak jatuh no. 4 semula. Target no. 2 kalau boleh. Memang target itu. Tapi kalau Allah nak bagi rezeki no. 1... Alhamdulillah...

Semasa latihan untuk pilih murid yang masuk sukantara, saya berkali-kali tanya nama murid yang sama setiap kali dia lulus latihan tu. Susah nak ingat nama mereka. Lagi-lagi dengan ramainya murid ni. Muka lebih kurang sama (alasan, padahal memang susah nak ingat nama. hihi) Agaknya mereka pun naik bosan bila saya tanya, "Apa dah nama, awak? Cikgu nak tanda ni.." hihi. Kesian diorang.

Tiba hari sukantara, Hijau ranking no. 2. No. 1 macam biasa la, Biru. Mereka ramai atlet. Takpe, kita nak usaha lagi. Saya datang training. Ku gagahkan jua datang demi anak-anak Satria ini. Anak-anak tinggalkan dengan suami. Suami nak g kerja hari Jumaat, tapi saya merayu. Boleh tak pergi kerja lepas saya balik latihan. Ni je masa saya ada nak latih murid.

Tiba hari guru, sehari sebelum bertolak ke Langkawi. Saya pelik, hari guru saya dapat banyak hadiah dari anak-anak murid aliran perdana. Pelik!! Padahal sebelum ni, mereka tak kenal pun saya. Saya tak ajar mereka, kan... Alhamdulillah, dah makin kenal saya. Panggil cikgu Rina. Padahal, anak murid Pendidikan Khas panggil saya cikgu Arina. Agaknya dia dengar cikgu-cikgu rumah hijau panggil saya rina. Jadi, diaorang pun panggil Cikgu Rina. hihi.

 Ada murid yang setiap kali datang latihan, saya hantar balik ke rumah. Ku sumbat la kereta dengan budak-budak ni. Biarlah jadi macam sardin pun. Sebenarnya, saya belajar sesuatu dari mereka. Ada murid saya tu rupanya sangat susah. Saya tak tahu pun sebelum ni. Bila saya tanya, 
"Mana rumah awak. Meh cikgu g hantar kat rumah terus". 
Tapi dia taknak susahkan saya. Dia turun dekat dengan rumah kawan dia. Katanya nak jalan. 
"Rumah saya belakang ni je".
"Meh la cikgu hantar. yang mana rumah awak? Bagitau cikgu".
"Ada pondok belakang tu. Kat situ je rumah saya. Takpe, cikgu. Saya jalan. Byeeee"
Pondok? Tak sempat nak tahan dia..
Ya Allah, anak-anak murid aku... Saya tahu, mereka perlu dibantu. Tak perlu cari yang jauh-jauh. Di sekeliling saya dah ada rupanya..

Saya pergi ke Langkawi (lawatan sambil belajar Pendidikan Khas). Saya terpaksa bawa Firash. Sebab dia fully menyusu badan walaupun dah 2 tahun 1 bulan. Dia taknak bottle. Cikgu-cikgu lain semua tak bawa anak. Saya terpaksa bawa suami untuk gilir-gilir pegang Firash. Sebab dia taknak dengan orang lain. Saya terpaksa bawa Darwish sebab takde siapa nak jaga dia kat rumah. Kalau ikut hati, memang taknak bawa ahli keluarga. Sebab sangat mencabar bila pergi lawatan, nak uruskan murid-murid pendidikan khas. Dengan anak meragam lagi. Panas terik. Kalau bercuti dengan keluarga tu lain cerita. Santai. Ini nak kena ikut jadual. Fuhh, memang penat.
Dalam masa yang sama, saya tinggalkan cikgu-cikgu dan murid-murid saya untuk bertanding acara Padang pada hari itu. Risaunya. Bayangkan, dalam hand bag ku bawa list name murid-murid utk acara tu. Dalam bas, tengok je. Berharap semoga semuanya berjalan lancar.

Saya pulang ke JB Jumaat. Sabtu terus sambung latihan. Rindunya pada anak-anak Satria ni. Buat latihan sikit je sebab hari hujan.

Minggu ni sangat sibuk. Buku rekod mengajar tak sempat nak sentuh. Selasa kami hias khemah. Alhamdulillah, cantik juga. Terima kasih cikgu-cikgu kerana membantu. Tibalah Hari Kejohanan Olahraga. Teruja, risau...

Tema: Garden. Sebab maskot rama-rama.

Dari pagi saya ke hulu ke hilir bawa beg belakang. Ada duit murid la, air dia la, jam dia la, duit adik dia pun ada. Dia nak lari. hihi. Kasut sukan saya pulak tercabut tapak. Ahh lantaklah. cabut, jalan je. tak sempat nak tukar. Dengan lecaknya kat padang. Langsung tak breakfast. langsung tak minum. Langsung tak makan. Ke sana ke sini dengan wakil-wakil rumah Hijau yang akan bertanding tu. Bagi semangat. Ucap kata-kata positiff. Cikgu-cikgu hulur kuih, tak lalu nak makan. Nampak air mineral, itu je ku minum sampai ke tengahari. Cikgu Siti tegur saya. "Bagusnya kak Rina. Sampai ke tengah padang ikut anak murid dia. Pengurus yang bagus" hihi... kelakar dengar. Takdelah bagus sangat. Tapi saya tak boleh nak tinggal mereka ni. Diaorang lari, kat tengah-tengah padang saya laung nama mereka. Bagi semangat. Rasa malu juga. Parents semua tengok. Saya sorang je yang duk melalak kat tengah padang tu. Biarlah, apa cikgu rumah lain nak cakap. Janji anak murid saya dengar nama dia semasa tengah berjuang lari wakilkan rumah Hijau. Semoga suara saya tu mampu menyuntik semangat pada dia untuk terus pecut lagi.

Tema: Metamorfosis. ada ulat. Ada rama-rama.

Lepas acara 100m dan 200m, wakil rumah Hijau, Yuri dan Zul menang. Tapi tiba-tiba mereka terduduk kat dalam khemah dan cakap tak boleh nak lari dah. Kaki dia cramp. Saya risau giler. Ada 2 acara lagi. 4 x 100m dan 4 x 200m. Dua orang ni memang harapan rumah Hijau. Zul tu kalau lari, macam angin je. Laju betul. Seronok sangat tengok. Dia boleh pintas pesaing yang jauh di depan. Ya Allah, berbakat sungguh anak murid ku ini. Tuannya handsome bergaya. tapi tak banyak cakap. Cool je. Cikgu doakan awak jadi murid yang pandai lepas ni. Tiada yang mustahil, Zul. Awak usahalah belajar rajin-rajin. Sukan terror, kalau pandai sikit lagi, mesti boleh masuk sekolah sukan. Belajar rajin-rajin ye Zul. Ehh, lari topik pulak. huhu. 

Kiri: Zulkarnain, Kanan: Yuri. Injured.

Mereka ni tiba-tiba cramp dan bagitahu tak boleh lari. Risaunya. Saya tetap bagi semangat. Sebut yang positif. Kawan-kawan yang lain pun menyokong. Cakap yang positif je. Tiba-tiba salah seorang murid, Syawal pulang ke rumah (flat yang dekat dengan sekolah) untuk ambil minyak angin. Kawan yang lain pula sanggup korbankan air mineral utk basuh kaki Yuri, Zul. Mereka sapu minyak. Urut kaki kawan mereka yang sakit tu tanpa cikgu suruh pun. Mereka yakinkan Yuri, Zul supaya lepas ni boleh kembali berlari. Tunjukkan kehebatan rumah Hijau.


Saya terpaksa uruskan rakan-rakan lain yang nak berlari. Untuk kategori B dan C. Sempat jugak snap pic mereka sebab rasa terharu sangat dengan semangat setiakawan. Semangat ingin menang. Sentiasa menyokong walau apa keadaan pun. Saya pesan sebelum hari kejohanan ni, "Jangan sedih kalau awak tak terpilih. Cikgu terpaksa pilih 4 orang ni. Mereka lebih laju sikit dari awak. Walaupun awak tak masuk, mereka berempat ni akan wakilkan kita. Kita kena sokong walau apa pun terjadi". 
Ya Allah, mereka ingat pesan saya...

Akhirnya, Yuri dan Zul boleh berjalan semula, Alhamdulillah. Mereka lari 4 x 100m. Menang. Emas. Syukur. Bila 4 x 200m, tiba-tiba Zul saya letak pelari ke-4 sebab dia sprinter, tiba-tiba dia nak tukar jadi pelari pertama. Katanya nak tinggal jauh-jauh pelari pertama rumah lain. Saya yakin dengan cadangan dia. Saya setuju. Bila wisel dibunyikan, memang dia lari sangat laju. Dia tinggalkan hampir separuh padang. pelari ke-2, ke-3 mendahului. Saya laung nama mereka di tengah padang. Saya jerit sekuatnya. Lantaklah apa mereka nak cakap. Haiqal pula pelari ke-4 pecut. Laju.... Boleh pecah rekod rasanya. Kami menang. Alhamdulillah... jauh meninggalkan 3 pasukan lain di belakang. Syukurnya.. 

Tapi 5 minit kemudian, kami dikatakan batal kerana pelari pertama telah memotong lane. Ya Allah, mungkin rezeki lain yang Kau nak beri. Saya terima dengan redha. Saya diamkan aja dari anak-anak murid saya 4 orang tu. Saya taknak mereka rasa bersalah dan patah semangat. Saya senyum je. Saya bagitau, awak bagus. Saya peluk mereka. Langsung tak tergugat dengan pembatalan ini. Mereka dah berusaha sedaya upaya. Agaknya sedikit alpa semasa ghairah berlari atau lane pun tak berapa nak nampak. Takpe...

Antara pemenang kami. Zulkarnain dan Razid terpilih jadi Olahragawan. Razid, seorang lagi bintang.


Berakhirnya kejohanan sukan dengan penyampaian hadiah. Banyak juga budak-budak ni menang. Syukur sangat. Akhirnya, Hijau ~ Naib Johan. Manakala Johan adalah rumah Biru. Tempat ketiga Merah dan keempat adalah Kuning. Alhamdulillah, tahun ini naik lagi satu tempat. Terima kasih ya Allah. Kurniakan saya cikgu-cikgu yang hebat yang telah bantu saya kali ini. Terima kasih ya Allah, kurniakan anak-anak murid yang sangat hebat, yang ringan tulang, yang sentiasa menyokong.

Pengalaman pertama yang menyentuh jiwa. Pelbagai rasa ada. Kagum dengan anak-anak Satria ini. Semoga kamu semua bukan sahaja bagus dalam bidang sukan, cikgu doakan kamu juga akan berjaya dalam akademik dengan cemerlang. Kamulah permata Satria yang sangat cikgu sayang. Tahun depan, Zulkarnain, Yuri, Najmudin, Nazarul dan yang lain-lain...kamu semua dah tak ada di sekolah ini. Terima kasih kerana membantu rumah Hijau tahun ini. Kamu semua telah berikan yang terbaik dan tinggalkan kenangan yang sangat indah pada cikgu. Cikgu sayang korang ketat-ketat..

Love,
Cikgu Rina

p/s: Cukup baca sampai di sini. Minta tidak share di FB. Terima kasih =)




Terima Kasih

2 comments:

mama hantek said...

sukanya bila baca sharing cikgu..penatnya jadi cikgu, Allah sahaja dapat membalasnya. Insaf bila baca post begini, supaya tak lupa jasa guru yang membuat kerja yang macam-macam sekarang. tahniah utk rumah sukan naik satu tempat..hoorayyy!

Ibufirash said...

Jazakillah mama hantek =)

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Vitamin Keluarga Sihat Menawan | Template Designed By Blog Bingkisan Hati