TIPS UNTUK PEKATKAN SUSU BADAN


27 November 2014

TIPS UNTUK PEKATKAN SUSU BADAN

Selalu dengar rungutan dari kawan-kawan mahupun customer saya tentang susu badan mereka tidak pekat. Bagaimana mereka andaikan susu tersebut tidak pekat? Antaranya faktor:

- anak melekat lama sangat bila menyusu
- menangis tak puas minum
- terpaksa pam dalam kuantiti banyak untuk satu sesi minum
- nampak cair je susu yang dipam

sumberhttp://qiderfirdaus.com/tips-pekatkan-susu-badan/
BAYI MENANGIS KERANA TIDAK PUAS MENYUSU

Dan orang kita pula ada satu jenis pemikiran yang suka diturunkan kepada generasi seterusnya, bahawa sebelah payudara ialah makanan, sebelah lagi adalah minuman,which somehow don’t make much sense to me. Mungkin rasionalnya supaya anak tidak disusukan sebelah sahaja, akan tetapi bagaimana jika bayi yang menyusu lebih dari satu (bayi kembar) dan ada preference masing-masing? Haruuu…
SAIZ PERUT BAYI

Untuk pengetahuan kita semua, susu ibu terbahagi kepada dua, kolustrum dan susu matang (foremilk dan hindmilk). Kolustrum, merupakan susu yang dihasilkan pada hari-hari awal kelahiran. Berwarna putih kuning, likat pekat dan melekit. Keluar pun memang sedikit je sebab perut bayi pun besar guli waktu itu. Walaupun nampak sedikit, kandungan zat dan mineral tinggi tu.
Kolustrum ini bantu bersihkan perut bayi dan buang segala yang tidak perlu dari perut bayi. Ini sangat penting dalam mengelakkan bayi dari demam kuning. Ia juga membuatkan bayi feel good. Jadi kalau bayi anda asyik mengempeng, tidak mahu melepaskan breast (kalau tarik je, mesti menangis kan?), let your baby be. Saya akan ceritakan lebih lanjut mengenai kolustrum di entri yang khas mengenainya sahaja. Sekarang ini, saya nak lebih menjurus kepada susu matang.
Kolustrum, Foremilk dan Hindmilk
Kolustrum, Foremilk dan Hindmilk
Susu matang sebenarnya sejenis sahaja. Susu awal yang keluar di awal sesi penyusuan itu kita panggil foremilk (fore dalam bahasa Inggeris kan maksudnya awal/hadapan). Ia mengandungi tahap laktosa yang tinggi, penting untuk tenaga, perkembangan otak dan juga berfungsi menghilangkan dahaga bayi. Dan disebabkan itu juga tidak perlu untuk memberi bayi minum air kosong/air putih selepas sesi penyusuan.
Susu yang keluar di akhir penyusuan iaitu hindmilk, mengandungi lemak yang lebih tinggi dan kelihatan lebih pekat. Ia juga kaya dengan serat dan kalori. Gabungan semua nutrisi ini berfungsi untuk memberi tenaga kepada bayi, membantu tumbesaran disamping mengenyangkan bayi.
Nampak tak? No such thing as sebelah payudara ialah nasi, sebelah lagi adalah air. Kedua-dua belah payudara mengandungi kandungan nutrisi yang sama.
Orang kita selalu misunderstood mengenai dua komponen (foremilk dan hindmilk) tersebut. Keduanya sama penting untuk bayi. Saya kongsikan tips mudah untuk ibu-ibu praktikkan supaya penghasilan susu yang lebih kandungan lemak dihasilkan.
Atau dalam frasa mudah, ‘nak pekatkan susu badan’ kekdahnya.
1. Sentiasa kosongkan payudara – Apabila menyusukan bayi anda, pastikan beliau ‘menghabiskan’ sebelah payudara sesuka hati beliau sebelum bertukar ke payudara yang satu lagi (jika beliau masih mahu menyusu lagi). Jika beliau kenyang dengan sebelah payudara, maka anda perlu perah (sama ada dengan tangan atau pam). Sesi berikutnya, bagi beliau menyusu payudara yang sebelah lagi. Stimulasi hisapan bayiworks better than any pump. Untuk mak-mak si kembar, jangan tertukar pulak anak yang mana untuk payudara yang mana.
2. Jarak sesi penyusuan yang dekat – Lebih sedikit jarak masa antara sesi penyusuan, lebih banyak kandungan lemak dalam susu akan dihasilkan. Menurut KellyMom.com, semakin kurang susu yang tinggal dalam payudara, lebih tinggi kandungan lemak dalam susu ibu akan dihasilkan. Sebab itu kalau kita perasan, jika kita terlepas sesi pengepaman, payudara membengkak, apabila kita akhirnya dapat pam susu, kita akan dapati susu yang dipam lebih jernih seperti air lebih banyak dari susu yang ‘pekat’. Jadi kena kerapkan pam, jangan skip sesi pengepaman (atau penyusuan).
fat in milk
3. Bangun menyusukan pada waktu malam – Untuk menggalakkan pengeluaran susu yang tinggi kandungan lemak, jangan mengelat untuk bengun menyusu pada waktu malam. Sesi penyusuan yang berjadual (ikut jam), bukan sahaja membantu ‘memekatkan’ susu badan, tetapi menjamin kesinambungan penyusuan ibu yang lebih lama. Ransangan pada waktu malam adalah sangat baik kerana hormon prolaktin di tahap tertinggi. Jadi rugi sangat jika banyak tidur pada waktu malamnya. Jika bayi tidak menyusu, anda perlu bangun dan pam.
4. Jangan tunggu payudara penuh – Jika kita tunggu payudara bengkak baru hendak menyusukan bayi, memanglah susu cair jadinya, kandungan air jadi tinggi kerana sesi penyusuan tidak tentu dan tidak kerap. Susu badan sentiasa dihasilkan. Jadi susukan bayi anda mengikut waktu yang sepatutnya. Apabila penyusuan mengikut waktu, tidaklah anda jadi kelam kabut untuk melekapkan mulut bayi sebaiknya dengan bayi anda sudah pun kelaparan yang amat sangat. Alangkan kita orang dewasa pun makan ikut waktu kan?
5. Makan makanan tinggi protein – Makanan yang tinggi protein seperti ikan, ayam dan daging membantu ‘memekatkan’ susu. Sebab, antara komponen yang tinggi dalam susu ibu adalah protein, kalori dan lemak. Dah makan makanan tinggi protein, janganlah pula lupa nak seimbangkan dengan pengambil serat dan vitamin yang lain pula.
Jika anda over supply, dan perlu menyusukan bayi, pam sedikit susu anda sebelum menyusukan bayi. Ini boleh mengelakkan bayi tersedak dengan ‘pecutan’ susu yang agak laju disebabkan oleh over supply dan juga menggalakkan pengeluaran hindmilktadi.
Semoga penerangan di atas membantu anda dalam memahami ilmu penyusuan dengan lebih baik. Saya juga cadangkan untuk mengambil makanan yang tinggi vitamin B, atau ambil supplement termasuk B-Complex. B-Complex berfungsi untuk melancarkan sistem saraf, menstabilkan hormon, mengurangkan stress. Apabila sudahstress, jangankan nak pekatkan susu, pengeluaran susu pun jadi kurang.
Selamat menyusu dengan bahagia.
Kredit pada http://qiderfirdaus.com/tips-pekatkan-susu-badan/
Saya juga ibu menyusu. Alhamdulillah dapat susukan Firash secara eksklusif tanpa susu formula sehingga kini. Anakanda Firash sekarang dah berusia 1 tahun 8 bulan. 
Apa yang saya guna?
Set menyusu Shaklee. Alahmdulillah kerana dipertemukan dengan produk yang diyakini SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM. 
UNTUK PERTANYAAN DAN PEMBELIAN:

SMS/WHATSAPP : 013.9081892 (ARINA)
Email: darwish3@gmail.com

Terima Kasih

No comments:

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Vitamin Keluarga Sihat Menawan | Template Designed By Blog Bingkisan Hati