09/01/2014 - 10/01/2014


19 September 2014

CARA MENGHILANGKAN GATAL GIGITAN NYAMUK

GATAL DIGIGIT NYAMUK HILANG DENGAN HERBAL BLEND

Kalau anak kena gigit nyamuk, ape u all buat?
Saya sendiri nak test. Kena gigit nyamuk. Tergaru-garu non stop. Teringat ada ‪#‎HerbalBlend‬. Sapu skit.
Terus tak rasa gatal. Tak garu dah.


Hmmm, lepas ni kalau anak gatal digigit nyamuk, dah tau ape nak buat 



Biasanya sapu HERBAL BLEND ni sebagai losyen lepas baby mandi. Bedak kami tak guna. Tak bagus untuk kulit kering.
Rasa nyaman sangat. Sangat bagus pada yang kulit kering macam anak saya ni.
Satu di rumah. 
Satu di rumah pengasuhnya.


Kegunaan lain? Banyak lagi..
Cuba tengok gambar..



UNTUK PERTANYAAN DAN PEMBELIAN:

SMS/WHATSAPP : 013.9081892 (ARINA)
Email: darwish3@gmail.com

10 September 2014

RESEPI PUDING ROTI YANG SEDAP

RESEPI PUDING ROTI YANG SEDAP




Yummy & Gooey Bread Pudding - by emmathyque
Ingredients:-
4kpg - Roti Sandwich di dadu kecik2 (Wheat Sandwich Loaf - dice small)
2cup - Susu Segar rendah lemak (Fresh Low fat milk)
3tbs - Gula Perang (Brown Sugar)
1tsp - Vanilla
2bjk - Telor (Eggs)
Optional:-
1kpg - Cheese di potong kecik2 (Slice/Grated Cheese - cut accordingly)
2tbs - Chocolate Chip
3 cawan atau mangkok tahan panas
Method:-
1- Susun kan 1/2 saja dulu Roti yang di dadu kedalam cawan dan taburkan dengan sedikit Chocolate chips dan ketepikan dahulu.
2- Whiskkan Telor + Brown Sugar = Sehingga sebati.
3- Masukkan Vanila + Susu Segar = Whisk kan lagi sehingga sebati.
4- Tuangkan Mixture Susu kedalam Cawan Roti dan masukkan 1/2 lagi roti dan tuangkan sehingga penuh Susu Mixture (macam dalam pic.)
5- Taburkan dengan Chocolate Chips dan Cheese parut/potong.
6- Susun kan Cawan kedalam dulang dan tuangkan sedikit air panas kedalam dulang (method waterbath).
7- Bake kan selama 20-25 minutes pada suhu 180-190'C atau ikut panas Oven.
NOTE:- Gooey Bread Pudding ni sedap dimakan PANAS2. Manis ikut masing2 Gula Perang bolih ditukarkan kepada Gula Halus.
Selamat mencuba ....   

09 September 2014

CARA MENGHIAS RUANG TAMU DENGAN MENARIK DAN TERTARIK 5

SEBELUM & SELEPAS: MAKE OVER RUANG TAMU YANG SANGAT BERBEZA

Ini adalah entry kelima tentang make over ruang tamu. Kali ini nampaknya dinding rumah dicat dengan teknik tertentu. Pakai span mungkin untuk dapatkan 'effect' yang cantik macam tu. 
Lawa, kan?? 

Bila diperhatikan, memang jauh beza gaya sebelum dan selepas. Ini lah dia. Kalau dah berbakat tu, memang tak boleh nak kata apa. Bayangkan kalau ada saudara-mara datang. 
"Eh, mula-mula datang dulu lain rasanya rumah kau ni. Sekarang dah jadi camni. Pandainya hias!!!"
Haaaa,mahu tak kembang hidung. hihihi. Sebenarnya, zaman teknologi ni, kalau tak kreatif pun, kita boleh ambil inspirasi dari encik google ye tak?? Gunakan aje sumber yang disediakan.

Jom layan gambar make over rumah ni....







Dan untuk pengetahuan semua, Rina SID Shaklee. Bagi yang nak order Shaklee dengan consultation, tips & layanan yang istimewa, boleh hubungi Rina =D


UNTUK PERTANYAAN DAN PEMBELIAN:

SMS/WHATSAPP : 013.9081892 (ARINA)
Email: darwish3@gmail.com

08 September 2014

CARA MENGHIAS RUANG TAMU DENGAN MENARIK DAN TERTARIK 4

SEBELUM & SELEPAS: MAKE OVER RUANG TAMU JADI MEWAH

Assalamualaikum wbt.

Kali ini entry keempat nak kongsi pasal DECO DECO RUMAH. Topik ini sangat disukai bukan setakat oleh isteri, suami pun. Anak-anak pun suka kalau kita tunjuk contoh-contoh gambar bilik kanak-kanak. masing-masing berebut nak yang itu, yang ini. Si kakak dengan jiwa ladiesnya. Si abang, dengan jiwa machonya. Si adik mestilah suka kartun-kartun kan. Nanti next time bila berkesempatan, saya share pula deco pasal bilik anak-anak.

Untuk hari ini, kita layan dulu 'make over' ruang tamu ni yang pada asalnya nampak biasa sahaja telah bertukar menjadi ruang tamu yang tampak mewah. Wow, superb!!!

Layyyanaaaaannn....




Harap boleh dijadikan panduan buat semua =D


Dan untuk pengetahuan semua, Rina SID Shaklee. Bagi yang nak order Shaklee dengan consultation, tips & layanan yang istimewa, boleh hubungi Rina =D


UNTUK PERTANYAAN DAN PEMBELIAN:

SMS/WHATSAPP : 013.9081892 (ARINA)

Email: darwish3@gmail.com

07 September 2014

CARA MENGHIAS RUANG TAMU DENGAN MENARIK DAN TERTARIK 3

SEBELUM & SELEPAS: RUANG TAMU YANG MENENANGKAN DAN RASA FRESH

Ini pula entry ketiga pasal DECO RUMAH. Perubahan dari ruang dapur yang sederhana menjadi ruang tamu yang cun-melecun. Kagum..kagum..kagum..

Kali ini warna yang digunakan warna krim, coklat cair, lembut je nampak. Feeling pun tenang aje rasenya. Boleh guna idea ni untuk rumah u olss...

Jom layan gambar SEBELUM dan SELEPAS ruang rumah ini.





Harap boleh dijadikan panduan buat kita semua :)

Dan untuk pengetahuan semua, Rina SID Shaklee. Bagi yang nak order Shaklee dengan consultation, tips & layanan yang istimewa, boleh hubungi Rina =D


UNTUK PERTANYAAN DAN PEMBELIAN:

SMS/WHATSAPP : 013.9081892 (ARINA)
Email: darwish3@gmail.com


06 September 2014

CARA MENGHIAS RUANG TAMU DENGAN MENARIK DAN TERTARIK 2

SEBELUM & SELEPAS : RUANG TAMU BERWAJAH BARU
TEMA WARNA COKLAT - WARNA ALAMI


Ini entry kedua pasal 'make over' rumah. Semalam tema MERAH, PUTIH, HITAM [klik]. Hari ni tema nampak macam COKLAT, warna alami gitu. Saya suka jugak :)

Meh kita tengok. Cantiknya bila dihias dengan set sofa macam tu, lampu yang nampak mahal tu. Apa dah namanya. 'Chandelier ' orang putih sebut. hihihi. Letak pula bunga hidup. Tak payah gubah. Letak aje dalam vase. Saya suka sangat hiasan begini. Suka sebab tak pandai nak menggubah bagai.hahaha.

Jom layan gambar SEBELUM dan SELEPAS.






Harap boleh dijadikan panduan buat kita semua :)

Dan untuk pengetahuan semua, Rina SID Shaklee. Bagi yang nak order Shaklee dengan consultation, tips & layanan yang istimewa, boleh hubungi Rina =D


UNTUK PERTANYAAN DAN PEMBELIAN:

SMS/WHATSAPP : 013.9081892 (ARINA)
Email: darwish3@gmail.com



CARA MENGHIAS RUANG TAMU DENGAN MENARIK DAN TERTARIK 1

SEBELUM & SELEPAS : RUANG TAMU BERWAJAH BARU
TEMA HITAM PUTIH MERAH

Tak sabarnya rasa nak ada rumah sendiri. Buktinya, saya dah mula beli majalah Impiana Sept 2014. First time saya beli. Mungkin sebab dalam diri ni nak sangat ada rumah impian. Kawan-kawan pun ramai dah ada rumah sendiri. Teringin nyaaaaaa...


Hari ni nak kongsi dekorasi rumah yang saya jumpa di internet. Kagumnya. Tak pernah terfikir dek akal saya yang tak berapa nak kreatif ni untuk transform rumah ini dari sebelum jadi selepas macam ni. Cantik sungguh!! Diharap dapat dijadikan panduan untuk kita semua menghias rumah kita sendiri mengikut budget kita. Honestly bagitau, Rina sangat sukakan tema warna Hitam, Putih dan Merah. Kena dengan jiwa i olsss..hehe

Jom layan gambar SEBELUM dan SELEPAS :)







Entry seterusnya, Rina kongsi lagi gambar-gambar make over ruang tamu yang tema warna COKLAT, PUTIH, KELABU pula ye..


Dan untuk pengetahuan semua, Rina SID Shaklee. Bagi yang nak order Shaklee dengan consultation, tips & layanan yang istimewa, boleh hubungi Rina =D


UNTUK PERTANYAAN DAN PEMBELIAN:

SMS/WHATSAPP : 013.9081892 (ARINA)
Email: darwish3@gmail.com

05 September 2014

CARA WARDINA MENDIDIK ANAKNYA SUPAYA TIDAK TINGGAL SOLAT

CARA WARDINA MENDIDIK ANAKNYA SUPAYA TIDAK TINGGAL SOLAT


Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…

I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…

tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….

ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”

3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????


She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?

*********************************************

Saya akan cuba apply untuk anak-anak saya juga. 
Terima kasih kerana berkongsi tips ini. Semoga kita semua dapat besarkan khalifah yang soleh. 

Wahai anakku, ibu doakan kamu jadi anak yang soleh, anak yang tidak meninggalkan solat, anak baik, anak yang pintar, anak yang berjaya. 
Ibu saya kamu..





03 September 2014

22 CARA MENDIDIK ANAK DENGAN BETUL

22 CARA MENDIDIK ANAK DENGAN BETUL


Mari kita audit diri kita tentang cara mendidik anak dengan betul.
Saya kongsikan sebagai ingatan untuk diri sendiri juga.
Kita pastinya mahukan yang terbaik buat putera puteri kita,kan!!!



1) Jangan pukul anak dari lutut keatas


2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”..
 



UBAT SAKIT GOUT

Gout adalah satu penyakit sendi yang disebabkan oleh asid urik berlebihan dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuh (protein dikenali sebagai purin). Tubuh kita menyingkirkan bahan kumuh ini melalui air kencing. Tapi, apabila ia berlebihan, ia terkumpul di dalam sendi. Inilah penyebab gout.


Tubuh menjadi kurang efisyen untuk membuang asid urik tersebut apabila buah pinggang tidak berada di tahap optimum. Ya, buah pinggang adalah organ perkumuhan yang penting untuk menyingkirkan bahan tidak perlu daripada tubuh kita. Namun dalam beberapa keadaan, buah pinggang tidak dapat bekerja dengan baik akibat daripada:
  • pengambilan ubat yang mengandungi unsur 'dadah'
  • stress dan tekanan perasaan
  • pengambilan protein berlebihan
  • kekurangan vitamin yang diperlukan untuk proses perkumuhan
Apa diet yang perlu dielakkan / dikurangkan oleh pesakit gout?
  • organ dalaman (hati, paru-paru, ginjal dan otak)
  • ikan bilis, kembung dan sardin
  • daging cincang, ekstrak daging, ragi (spt Marmite) dan kiub rebusan daging
  • makanan bercengkerang (ketam, udang, kerang)
  • asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
  • peanuts, lentil, beans dan peas'
  • poultry
  • roti jagung dan bijiran
                                    Apa Shaklee ada untuk bantu pesakit gout?                               



Alfalfa Complex - detox semulajadi yang menyingkirkan toksik dalam badan secara lembut. Pengamal Alfalfa perlu mengambil air yang banyak untuk melancarkan proses detox ini.

Setiap 25kg berat badan = 1 liter pengambilan air kosong setiap hari.

Harga runcit bagi Alfalfa Complex 330 tablet ialah RM53.
Harga runcit bagi Alfalfa Complex 700 tablet ialah RM97. 
Hubungi saya untuk harga istimewa.


Performance Drink - memelihara kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Penting untuk pesakit gout mempunyai bekalan air mencukupo dalam badan untuk proses perkumuhan asid urik.

Harga runcit bagi Performance Drink ialah RM82. Hubungi saya untuk harga istimewa.

OmegaGuard - mengelakkan keradangan sendi.

Harga runcit bagi OmegaGuard ialah RM136. Hubungi saya untuk harga istimewa.


Sila lihat testimoni pengguna Shaklee untuk penyakit gout.



Sebarang pertanyaan atau order, sila hubungi:






02 September 2014

LASAGNA

Nak buat tak jadi-jadi lagi. Barang semua dah ada, tinggal buat je..
ish..ish...

So, kita kongsi la dulu resepi ni ye..

sumber

****************************************

Saja nk share resipi bergambar cara2 buat Lasagna.. 
tp ni cara sayalah... I'm not Italian.. 
so ni bkn la cara yg original mcm depa buat... 
but who cares??? 
Janji sedap dan boleh makan byk2 sbb buat sendiri kan! Heheheheh....

Bahan-bahan

500 gram daging cincang
1 biji bawang besar dan 4 ulas bwg putih di cincang
500 ml susu full milk
1 botol sos tomato segera/tomato chunks
Spread of cheese (sy pakai mozarella dan 4 keping cheesedale je..jimat)
3 sudu tepung gandum
Spices(ni yg sy pakai -Thymes, Oregano, Mixed Herbs, Blackpepper)
5 sudu butter
Sekotak Kepingan Lasagna

Cara2:

1. Tumis bawang yg di cincang sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging. Masak sehingga warna kusam.
2. Masukkan sebotol sos tomato segera ke dalam daging dan kacau. Masak sehingga daging empuk.
3. Perasakan dgn garam dan spices yg anda ada.
4. Untuk masa white sauce, Cairkan butter dalam pan anda. Kemudian masukkan 3 sudu tepung dan kacau sehingga tidak berketul2.
5. Masukkan susu sehingga nak mendidih dan kemudian masukkan 4 keping cheesedale. Kacau hingga sebati dan tutup api.
6. Rendam sebentar kepingan lasagna. Jgn lama sgt kalau tak nnti hancur. Sy celup dlm air dalam beberapa saat je. Tak perlu lama sbb nnti bila tuang kuah daging dan white sauce kepingan akan lembut sendiri.
7. Susun kepingan lasagna-sos daging-white sauce-tabur cheese- dan urutan yg sama hingga habis. Akhir skali taburkan cheese atasnya.
8. Bakar suhu 180 darjah celcius semalam 30 ke 40 minit bergantung pada oven dan saiz bekas lasagna anda.

Selamat mencuba!!


Layan gambar-gambarnya, okey :)



























Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Vitamin Keluarga Sihat Menawan | Template Designed By Blog Bingkisan Hati