Nov 27, 2014


27 November 2014

TAK SABAR NAK BALIK KAMPUNG

Assalamualaikum,

Selamat pagi yang tak berapa nak pagi :)



Nak citer...hari ni Rina nak balik kampung. Jap lagi incik suami balik. Dia half day hari ni. Tapi satu hape pun tak kemas. Aduyai... Tadi sibuk duk packing barang Shaklee yang nak dipos.

1 nak ke Kuala Lumpur.
2 nak pos ke Melaka.
2 nak COD ke Kelantan.


Sekarang, tension sudah mari. Tak cukup rasanya kaki dua, tangan dua. Tak tahu nak sentuh apa dulu. Nak masak untuk bekal, nak packing baju-baju, barang, dengan hero kecik ni yang asyik nak bertepek je...hehehe. Apa pun stress tu best. Bila tertekan, lagi push diri nak buat dengan cepat. Sempat lagi tulis blog. hahahaha...

Dah terbayang ni dah....


Inilah bandar Pasir Mas. Terbayang-bayang dah sampai.hahaha...
Tapi kena hati-hati sangat diperjalanan sebab memang sangat selalu kena saman speed trap. Dah 3 saman lom bayar. Nanti kami bayar ye incik polis :)


Korang pun hati-hati tau bila balik kampung.


Okeh, to do list nak buat bila balik kampung.

1. Nak makan cha kueh di jambatan Salor. sedapppppp
2. Nak makan nasi berlauk daging di Kampung Belukar
3. Nak makan roti canai kat stesen keretapi Pasir Mas
4. Nak makan akok Salor
5. nak makan mee celup kat TNB Pasir Mas
6. Nak makan nasi kat Restoran Cikgu, Kota Bahru
7. Nak makan coconut shake kat Kedai Moksu
8. Nak g cuci mata kat kedai emas Sri Ayu. kot-kot ade yang terberkenan di hati
9. Nak makan char kue tiew Syafiq
10. Nak shoppinggggggg

Ada lagi, tapi nak kena g kemas baju dah...hahaha

Okeh, korang jangan tak tahu, promosi Omega Guard masih ada lagi tau 3 HARI SAHAJA!!!
Bagi yang nak order, Rina memang akan bagi special price. Harga anak beranak gituw...
Nak tahu fungsi Omega Guard? Boleh klik kat label Omega Guard.
Untuk kurus, untuk anak pintar cerdas, untuk mak ayah darah tinggi, semua ada...
Siap boleh jadi AHLI lagi secara FREE.

Okeh, daaaaaa... nak mula ngemas baju. Nak COD Kelantan boleh ye. Rina balik kampung yuuuu :)


UNTUK PERTANYAAN DAN PEMBELIAN:


SMS/WHATSAPP : 013.9081892 (ARINA)
Email: darwish3@gmail.com



KEBAIKAN DAN KEISTIMEWAAN OMEGA GUARD

Saya kalau promosi Omenga Guard, memang takkan lepaskan peluang.
10 botol untuk stok family saya. hahaha

Ini baru 1 set. lagi 1 set nak beli =)
Untuk suami supaya kesihatan terjaga. Maksudnya nak kempiskan perut boroi (tapi tak botoi pun, hihi). Nak jaga kolesterol dia. Kesihatan jantung dia. Sayang suami beb.

Untuk saya pula sebab nak jaga badan. Nak kurus. Dulu sebelum mengandung 64kg. Mengandung pula naik sehingga 82 kg. Lepas bersalin, Consume Shaklee, berat saya dah ideal. 57kg. Sukewwwww!! Sebab tu bila promosi Omega Guard, memang takkan lepaskan peluang.

Untuk anak-anak pula supaya otaknya bijak. Bijak bak cendikiawan. IQ tinggi. Fast learner. Bagus, kan?? Bagus juga untuk anak saya yang ade simpton asma tu. Kalau batuk, bagi Omega Guard, sangat cepat hilang batuk dan kahaknya.
itulah kenapa saya suka sangat Omega Guard :)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Omega Guard PROMOSI!!!
Ada apa dengan Omega Guard?
~ Asid lemak Omega 3
~ EPA
~ DHA


Untuk siapa??
~ Kanak-kanak supaya lebih pintar dan bijak sebab otak mereka macam sponge especially yang berumur 0-4 tahun
~ Murid-murid, pelajar sekolah, budak U supaya lebih fokus belajar dan bertenaga
~ Baby dalam kandungan dan baby yang menyusu. DHA & EPA sangat bagus untuk otak mereka
~ Mereka yang nak kuruskan badan kerana ia boleh membakar lemak
~ Mereka yang ada penyakit darah tinggi, jantung, kolesterol tinggi, gout, sakit sendi, lelah, asma, batuk

Jimat jika beli bulan ini.
Jangan lambat. Nnt rugi yoooo..


UNTUK PERTANYAAN DAN PEMBELIAN:

SMS/WHATSAPP : 013.9081892 (ARINA)
Email: darwish3@gmail.com


TIPS UNTUK PEKATKAN SUSU BADAN

Selalu dengar rungutan dari kawan-kawan mahupun customer saya tentang susu badan mereka tidak pekat. Bagaimana mereka andaikan susu tersebut tidak pekat? Antaranya faktor:

- anak melekat lama sangat bila menyusu
- menangis tak puas minum
- terpaksa pam dalam kuantiti banyak untuk satu sesi minum
- nampak cair je susu yang dipam

sumberhttp://qiderfirdaus.com/tips-pekatkan-susu-badan/
BAYI MENANGIS KERANA TIDAK PUAS MENYUSU

Dan orang kita pula ada satu jenis pemikiran yang suka diturunkan kepada generasi seterusnya, bahawa sebelah payudara ialah makanan, sebelah lagi adalah minuman,which somehow don’t make much sense to me. Mungkin rasionalnya supaya anak tidak disusukan sebelah sahaja, akan tetapi bagaimana jika bayi yang menyusu lebih dari satu (bayi kembar) dan ada preference masing-masing? Haruuu…
SAIZ PERUT BAYI

Untuk pengetahuan kita semua, susu ibu terbahagi kepada dua, kolustrum dan susu matang (foremilk dan hindmilk). Kolustrum, merupakan susu yang dihasilkan pada hari-hari awal kelahiran. Berwarna putih kuning, likat pekat dan melekit. Keluar pun memang sedikit je sebab perut bayi pun besar guli waktu itu. Walaupun nampak sedikit, kandungan zat dan mineral tinggi tu.
Kolustrum ini bantu bersihkan perut bayi dan buang segala yang tidak perlu dari perut bayi. Ini sangat penting dalam mengelakkan bayi dari demam kuning. Ia juga membuatkan bayi feel good. Jadi kalau bayi anda asyik mengempeng, tidak mahu melepaskan breast (kalau tarik je, mesti menangis kan?), let your baby be. Saya akan ceritakan lebih lanjut mengenai kolustrum di entri yang khas mengenainya sahaja. Sekarang ini, saya nak lebih menjurus kepada susu matang.
Kolustrum, Foremilk dan Hindmilk
Kolustrum, Foremilk dan Hindmilk
Susu matang sebenarnya sejenis sahaja. Susu awal yang keluar di awal sesi penyusuan itu kita panggil foremilk (fore dalam bahasa Inggeris kan maksudnya awal/hadapan). Ia mengandungi tahap laktosa yang tinggi, penting untuk tenaga, perkembangan otak dan juga berfungsi menghilangkan dahaga bayi. Dan disebabkan itu juga tidak perlu untuk memberi bayi minum air kosong/air putih selepas sesi penyusuan.
Susu yang keluar di akhir penyusuan iaitu hindmilk, mengandungi lemak yang lebih tinggi dan kelihatan lebih pekat. Ia juga kaya dengan serat dan kalori. Gabungan semua nutrisi ini berfungsi untuk memberi tenaga kepada bayi, membantu tumbesaran disamping mengenyangkan bayi.
Nampak tak? No such thing as sebelah payudara ialah nasi, sebelah lagi adalah air. Kedua-dua belah payudara mengandungi kandungan nutrisi yang sama.
Orang kita selalu misunderstood mengenai dua komponen (foremilk dan hindmilk) tersebut. Keduanya sama penting untuk bayi. Saya kongsikan tips mudah untuk ibu-ibu praktikkan supaya penghasilan susu yang lebih kandungan lemak dihasilkan.
Atau dalam frasa mudah, ‘nak pekatkan susu badan’ kekdahnya.
1. Sentiasa kosongkan payudara – Apabila menyusukan bayi anda, pastikan beliau ‘menghabiskan’ sebelah payudara sesuka hati beliau sebelum bertukar ke payudara yang satu lagi (jika beliau masih mahu menyusu lagi). Jika beliau kenyang dengan sebelah payudara, maka anda perlu perah (sama ada dengan tangan atau pam). Sesi berikutnya, bagi beliau menyusu payudara yang sebelah lagi. Stimulasi hisapan bayiworks better than any pump. Untuk mak-mak si kembar, jangan tertukar pulak anak yang mana untuk payudara yang mana.
2. Jarak sesi penyusuan yang dekat – Lebih sedikit jarak masa antara sesi penyusuan, lebih banyak kandungan lemak dalam susu akan dihasilkan. Menurut KellyMom.com, semakin kurang susu yang tinggal dalam payudara, lebih tinggi kandungan lemak dalam susu ibu akan dihasilkan. Sebab itu kalau kita perasan, jika kita terlepas sesi pengepaman, payudara membengkak, apabila kita akhirnya dapat pam susu, kita akan dapati susu yang dipam lebih jernih seperti air lebih banyak dari susu yang ‘pekat’. Jadi kena kerapkan pam, jangan skip sesi pengepaman (atau penyusuan).
fat in milk
3. Bangun menyusukan pada waktu malam – Untuk menggalakkan pengeluaran susu yang tinggi kandungan lemak, jangan mengelat untuk bengun menyusu pada waktu malam. Sesi penyusuan yang berjadual (ikut jam), bukan sahaja membantu ‘memekatkan’ susu badan, tetapi menjamin kesinambungan penyusuan ibu yang lebih lama. Ransangan pada waktu malam adalah sangat baik kerana hormon prolaktin di tahap tertinggi. Jadi rugi sangat jika banyak tidur pada waktu malamnya. Jika bayi tidak menyusu, anda perlu bangun dan pam.
4. Jangan tunggu payudara penuh – Jika kita tunggu payudara bengkak baru hendak menyusukan bayi, memanglah susu cair jadinya, kandungan air jadi tinggi kerana sesi penyusuan tidak tentu dan tidak kerap. Susu badan sentiasa dihasilkan. Jadi susukan bayi anda mengikut waktu yang sepatutnya. Apabila penyusuan mengikut waktu, tidaklah anda jadi kelam kabut untuk melekapkan mulut bayi sebaiknya dengan bayi anda sudah pun kelaparan yang amat sangat. Alangkan kita orang dewasa pun makan ikut waktu kan?
5. Makan makanan tinggi protein – Makanan yang tinggi protein seperti ikan, ayam dan daging membantu ‘memekatkan’ susu. Sebab, antara komponen yang tinggi dalam susu ibu adalah protein, kalori dan lemak. Dah makan makanan tinggi protein, janganlah pula lupa nak seimbangkan dengan pengambil serat dan vitamin yang lain pula.
Jika anda over supply, dan perlu menyusukan bayi, pam sedikit susu anda sebelum menyusukan bayi. Ini boleh mengelakkan bayi tersedak dengan ‘pecutan’ susu yang agak laju disebabkan oleh over supply dan juga menggalakkan pengeluaran hindmilktadi.
Semoga penerangan di atas membantu anda dalam memahami ilmu penyusuan dengan lebih baik. Saya juga cadangkan untuk mengambil makanan yang tinggi vitamin B, atau ambil supplement termasuk B-Complex. B-Complex berfungsi untuk melancarkan sistem saraf, menstabilkan hormon, mengurangkan stress. Apabila sudahstress, jangankan nak pekatkan susu, pengeluaran susu pun jadi kurang.
Selamat menyusu dengan bahagia.
Kredit pada http://qiderfirdaus.com/tips-pekatkan-susu-badan/
Saya juga ibu menyusu. Alhamdulillah dapat susukan Firash secara eksklusif tanpa susu formula sehingga kini. Anakanda Firash sekarang dah berusia 1 tahun 8 bulan. 
Apa yang saya guna?
Set menyusu Shaklee. Alahmdulillah kerana dipertemukan dengan produk yang diyakini SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM. 
UNTUK PERTANYAAN DAN PEMBELIAN:

SMS/WHATSAPP : 013.9081892 (ARINA)
Email: darwish3@gmail.com

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Vitamin Keluarga Sihat Menawan | Template Designed By Blog Bingkisan Hati