Apr 6, 2015


06 April 2015

Tips Mudah Bersalin


Bagi ibu-ibu yang sedang hamil sekarang dan akan bersalin tak lama lagi, pasti tercari-cari tips untuk mudah bersalin.
Siapa la tak takut bersalin. Rina tengok dalam youtube tadi, mak aiiiii...ngeri jugak. Pengalaman sendiri, anak 1st operate. Emergency sebab baby tak turun-turun. Rupa-rupanya tali pusat tersekat. 2nd child pula memang niat nak normal, tapi sebab petang tu g jalan, makan kurang, takde tenaga. Kurang tenaga untuk push. Doktor bagi masa 4 jam sahaja. Nak operate juga pun serba salah sebab dah nampak kepala baby. Akhirnya vacuum. Alhamdulillah selamat. Kesan vacuum pun takde sangat. Tak sampai sehari dah hilang. Syukur sangat. 
Anak ketiga? Haaaa, ni la dia persediaan anak ketiga. Kita simpan dulu nota ni, dah mengandung nanti, nak bersalin kang kita apply, okay =D
By the way, sekarang takleh pregnant lagi sebab Firash still fully breastfeeding. Hari ni 6 April genap umurnya 2 tahun. Alhamdulillah.... (tq Shaklee for Set Berpantang & Set Penyusuan. Sampai sekarang boleh fully BF. Lepas ni nak mula dari Set Mengandung pula).
Okeh, back to tajuk asal. Info ni dari FB Kesihatan2u. Tq for sharing.

Meh apply sama-sama dan tengok perbezaannya bila guna TIPS MUDAH BERSALIN ini.
1. Dua minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga.
2. Bila sakit nak bersalin, makan sebiji telur mentah.
3. Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka.
4. Rebus epal hijau pastu makan time tgh sakit contraction (nurse kasi ke makan time ni.hihi)
5. Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin
6. Time kat labour room, banyakkan membaca al-fatihah dan doa nabi Yunus serta sebut "Ya Fattah" berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin.
7. Amalkan minum air kelapa hujung-hujung nk bersalin (nanti baby lahir kulitnya bersih je).
8. Makan kurma dalam bilangan ganjil.
9. Banyakkan berjalan, naik tangga ke... Exercise sebelum deliver baby.
10. Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby.
11. Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari-jari kaki dan tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.
12. Masa proses meneran, baring sambil kaki / betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sbb nanti koyak teruk.
13. Amalkan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut.
14. Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuat, tarik nafas dan lepaskan cepat2.
15. Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air.
16. Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu.
17. Minum air Selusuh. Lebih baik kalau dibuat sendiri oleh suami.. Berkat kata orang.
Selamat mencuba !!

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Vitamin Keluarga Sihat Menawan | Template Designed By Blog Bingkisan Hati