Apr 2, 2015


02 April 2015

TIPS UNTUK MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

Tips untuk murid bermasalah....


Tips ini dikongsi bersama oleh Pn. Zarina Madzhar (Fasi LINUS) untuk murid yang menghadapi masalah:
1)  Lambat menulis:
 Penyelesaian - Dapatkan tilam / sesuatu yang lembut dan suruh murid lompat bintang di atas tilam tersebut (sekolah selalunya ada tilam untuk Pendidikan jasmani; boleh digunakan)
Sebab: Bila tangan dihayunkan, ia menggerakkan otot-otot tangan...
2) Murid Pelat
Penyelesaian: Suruh murid bergayut ( contohnya di monkey bar) sambil itu  murid menyebut perkataan yang sukar disebut.
Sebab: Tekanan pada badan memaksa murid untuk mengeluarkan/menyebut perkataan yang disuruh dengan betul.
3) Murid lambat bercakap.
Penyelesaian: Minta murid melakukan aktiviti turun naik tangga.
Sebab: eerr.. terlupa pula sebabnya..heh..
4) Murid yang mempunyai tulisan buruk:
Penyelesaian: Beri murid pensil yang berbentuk segitiga.
Sebab: Mudah digenggam/grip oleh murid.
5) Murid hiperaktif
Penyelesaian: Cari berus yang lembut, gosok pada badan murid tersebut.
Sebab: Murid hiperaktif mempunyai deria sentuh yang kurang.. bila disentuh dengan berus lembut, ia akan menenangkan murid tersebut.
Selamat mencuba =)


Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Vitamin Keluarga Sihat Menawan | Template Designed By Blog Bingkisan Hati