Jul 27, 2015


27 July 2015

Cara Ajar Anak Bercakap


Assalamualaikum wbt..

Hari ni nak share tentang Cara Ajar Anak Kecil Bercakap. Sebenarnya, saya pun ada masalah ni untuk anak no. 2. Dulu anak sulung bila umur 2 tahun, sangat petah bercakap. Susun ayat cantik. Siap macam buat karangan lagi dia reka cerita. Mungkin sebab masa tu dia dalam persekitaran yang ramai orang dewasa. Masa tu saya tinggal dengan family di Kelantan. Family sangat besar. dia pula cucu sulung. Memang jadi 'king' la..orang layan dia aje.

Sekarang anak kedua, kurang bercakap, tak macam anak no. 1. Saya jadi risau. sangat berbeza mereka berdua ni. Satu kesilapan terbesar saya ialah, terlalu bagi dia gadget. Semua jenis hp dia boleh handle. Tak kira jenama. Walaupun 2 tahun. Budak zaman sekarang kan...
Kedua, saya kurang bercakap dengan dia. Kami pun tinggal berempat je kat JB ni.
Ketiga, saya banyak habiskan masa dengan hp saya.

Semua kesalahan berbalik pada saya dan suami.
Jadi, ini info yang saya jumpa dan akan cuba amalkan supaya anak saya, Ahmad Firash Hadif, 2 tahun 3 bulan dapat bercakap dengan lancar dan petah. Kalau kawan-kawan ada masalah yang sama, jom kita amalkan bersama-sama...

Apa kita perlu lakukan???

1. Kita hendaklah selalu bercakap dengan anak  kita. Walaupun mungkin anak langsung tak memperdulikan anda dan seronok bermain saja, tapi kita jangan putus asa. Teruskan berkomunikasi dan berinteraksi d engan anak. Ucapkan sesuatu perkataang itu berkali-kali depan dia. InsyaAllah dalam beberapa ketika saja, anak  akan mampu meniru apa yang kita ucapkan. Masa tu, TUHAN sajalah yang tahu betapa gembiranya hati kita bila anak sudah pandai meniru percakapan kita.

2. Gunakan ayat yang pendek dan mudah. Apabila kita mahu menerangkan sesuatu kepada anak kita, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak berpeluang memberi maklum atau tindak balas.

3. Mimik muka kita  semasa bercakap amat penting. Ia mestilah bersesuaian apabila menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat.

4. Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak.

5. Dedahkan anak-anak kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini kita memberi peluang kepada mereka mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali.

6. kita mesti menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta cuba memahami apa yang disampaikan oleh anak-anak anda. Jika apa yang disebutnya tidak jelas, kita mesti bantunya dengan menyebut beberapa perkataan yang kita  rasa mungkin itulah yang cuba disebutkan oleh anak kita.

7. Pasangkan lagu kanak-kanak yang mudah berulang kali sehingga anak  mampu mengikutnya.

8. Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal. Perbanyakkan berbual dengan anak-anak, membacakan buku cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka, dan cuba minta mereka bercakap.

9. Andainya anak-anak sudah mula bloeh bercakap satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Azman nak apa? Nak susu? Nak mainan?”. Atau apabila dia sebut “bola”, ulang kembali “Azman nak main bola?”. Jadikan ianya suatu kebiasaan.

10. Jangan sesekali kali memaksa anak-anak bercakap dan jangan pamerkan kekecewaan anda kerana mereka masih belum mampu bercakap. Bahasa yang pertama sekali anak-anak belajar adalah bahasa emosi dan mimik muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan.

Semoga selepas ini kita lebih banyak meluangkan masa untuk mengajar anak kecil kita bercakap. Yang penting, jangan jemu. Dia kan khalifah yang diamanahkan kepada kita. Kita wajib jalankan amanah tersebut dengan sebaik mungkin (pesanan untuk diri saya sendiri).
sumber FB
jom sesama-sama kita praktikkan…

~Arina (Guru Pendidikan Khas dan Pengedar Shaklee Kesayangan Anda) ~
Whatsapp 0139081892

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Vitamin Keluarga Sihat Menawan | Template Designed By Blog Bingkisan Hati