Jom Sihat!!


28 December 2014

PASTI ADA HIKMAH DISEBALIKNYA

Ujian Banjir Terbesar Pernah Kami Alami (Salor, Kota Bharu)


Tengok dalam berita, sana-sini banjir. Telefon abah, belum lagi katanya. Biasanya, kalau Rantau Panjang banjir paras lebih sikit dari biasa, rumah kami masih tak naik air. Abah tak tidur sepanjang malam, mengemas rumah dengan umi dan adik-adik. Bawa barang-barang naik tingkat atas. Yang tak muat tu, kat bawah je. Esok pagi call lagi. Air kat rumah makcik Senah kat belakang, 3 tangga dia dah naik air. Selang beberapa jam, air dah masuk rumah. Allahuakbar,,, cepatnya.


 

Air dah masuk ke dalam rumah

Pak Muda yang selalu datang ke rumah memantau



               Sempat lagi pose naik basikal budak Ariff ni.
Umi kata, pak sedara-pak sedara tersayang yang bantu buat para ni untuk selamatkan apa yang patut.

Aiman datang tolong. Air dah makin naik. Paras lutut.
Cik Tin, Cik Teyn dan Cik Nurul masih lagi bergembira.


Fatin dan Nurul melaporkan buat kami (Kakak, Abe Ih, Abe Yo, Abe Chik)

Air makin naik dikedai runcit. Kedai tu tinggi juga.

Surau dua tingkat.
                 
                 Dah masuk rumah paras lutut.

Air makin naik.
Dalam rumah dah paras paha.

Budak-budak ni photoshoot.
 
                           Semasa air masih belum naik tinggi. Abah update pada kami.

Pak Muda, tengah malam baru balik. Turun tangga, mengharung air dalam rumah. Elektrik tak ada.
Malam. Semua di tingkat atas. Air makin naik dengan cepat. Apa la jadi dengan barang-barang kat dapur.

Penyelamat datang. Pak Su Li dan Abe Di.
Air makin naik. Umi, Fatin dan Nurul telah naik bot keluar dari rumah.

Tingkat bawah dah dipenuhi air. Tingga abah dan Ariff tunggu diselamatkan. 


Kawasan ni akhirnya dinaiki air juga. Kalau ikutkan, tinggi kawasan ni. Tepi highway. Jauh dari sungai.

Rumah Poknik, tinggi tuh tangga nak naik rumahnya. Datang tinjau dengan bot.
Tiba-tiba saya teringkatkan seorang lagi adik saya (Najib) yang keluar pergi kerja tak pulang-pulang lagi. Saya call..berkali-kali..akhirnya dijawab. Katanya di hospital. Masud wad kerana sakit perut. Mungkin appendix katanya. Subhanallah... kuatkan semangat adikku.

Ada seorang lagi adik. Nazrul. Pulang ke rumah mertuanya di Kuala Krai. Langsung tidak dapat dihubungi. Bertambah risau bila call tak dapat. Tiba-tiba pagi tu dia call. Katanya kawasan rumah mertuanya atas bukit. Tapi air dah naik juga di kampung tu. Tak pernah naik air kampung tu katanya sebab tinggi, atas bukit. Elektrik tak ada, line telefon takde. Dia dapat call sebab keluar cari line. Alhamdulillah lega sebab mereka selamat. Walaupun bila dengar khabar berita Kuala Krai sangat teruk keadaannya.

Di saat ni, umi abah, adik-adik dah berpindah ke rumah Paksu Li. Alhamdulillah, rumahnya tak dinaiki air. Pusat penempatan mangsa banjir SK Seberang tu pun katanya dah naik air ditingkat 1. Kereta yang parking di situ memang tenggelam saya tengok gambar.


Dua hari selepas itu, Ariff kirimkan gambar. Alhamdulillah air makin surut.




Masih belum boleh pulang ke rumah lagi kalau begini gayanya.

Habis semua barang-barang di dapur. Kabinet terbalik, pinggan mangkuk macam mana la agaknya. Barang-barang elektrik??

Kawasan menuju ke bilik air. Tong gas pun terapung dari dapur ke situ.

Saya benar-benar harap ujian ini mampu ditempuh dan diterima seadanya oleh Umi, Abah, adik-adik, kami semua dan semua yang terlibat dalam musibah banjir ini. Bertabah la semua. Walaupun banyak kerosakan harta benda dan sebagainya, jangan kita bersangka buruk pada Allah. Semoga sabar dengan ujian ini. Mungkin ada hikmah disebalik semua kejadian ini.

**********************

Kebetulan hari ini keluar bersama keluarga..macam biasa, pit stop kami tentulah kedai buku. Si anak sulung sangat suka pergi kedai buku. WAJIB, bukan kata HARUS ke, SUNAT ke..bukan!! Walaupun hero ni nak beli komik je pun, ibu layankan je la. Saja nak pupuk minat membaca dia. Tapi rasanya semalam pun dah dah beli sebiji, hari ni sebiji lagi..huhu... Esok lusa? Hmm, tunggu dan lihat..huhu

Semasa beli buku dia, saya pun beli 1 buku utk saya "JIKA INGIN BERJAYA, BERSOLATLAH". Untuk suami pula "IMAM SYAFIE - PEJUANG KEBENARAN". Bila saya belek-belek buku saya tu, ada terbaca..

Rahsia Ujian Hidup

Hidup adalah ujian. Malah ada yang mengatakan ujian sebagai tanda kehidupan. Dr. Norman Vincent Peale berkata, "Masalah adalah tanda kehidupan. Semakin banyak masalah, semakin hiduplah saudara". Ujian melahirkan manusia yang cekal dan tabah. Ujian menghasilkan kreativiti.  Ujian melahirkan manusia yang dinamik. Ujian memperkayakan pengalaman hidup. Ujian memahamkan kita tentang erti hidup. Bukankah sering berlaku keadaan di mana seseorang kembali hidup di jalan yang benar dan menemui makna kehidupan, selepas dia mengalami peristiwa yang sangat menyedihkan dan menyakitkan?

Dr. Murtadha Muthahhari menegaskan, "Secara dasarnya, ujian yang dihadapi kekasih Allah adalah kasih sayang Allah yang dibungkus dengan penderitaan, sebagaimana halnya dengan kenikmatan dan kesenangan yang diperoleh orang yang dimukai Allah. Sebenarnya itu kemurkaan Allah yang dibungkus dengan penderitaan.

.................

Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah berkata, "Muslim yang ditimpa suatu kesakitan, baik kesakitan itu adalah tertusuk duri mahupun lebih daripada itu, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya dan mengampunkan dosa-dosanya sebagaimana daun berguguran daripada pohon". 

Marilah sama-sama kita bersangka baik dengan ujian ini. Semoga ujian ini akan mendekatkan diri kita dengan Allah. In shaa Allah...

24 December 2014

VITAMIN C YANG TERBAIK DI PASARAN

Sedang mengkaji Vitamin C yang terbaik di pasaran?


Bagi saya, Vitamin C yang paling best adalah SHAKLEE!!!

Mengapa Vitamin C Shaklee Terbaik?
~ Bersifat 'Sustained Release'. 100mg dilepaskan bagi setiap 1 jam selama 5 jam tanpa henti.
~ 1 tablet Vitamin C Shaklee (500mg) bersamaan dengan 7 setengah biji oren.
~ Mempunyai 'Bioflavonoids' yang membantu penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C daripada teroksida.
~ Sumber natural iaitu tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Itulah dia perbezaan Shaklee

Selain dari boleh ditelan, Vitamin C Shaklee boleh juga dijadikan masker.
Caranya??


Kalau nak tahu apalagi KEBAIKAN VITAMIN C, sila klik SINI

Nak dapatkan Vitamin C dengan harga PROMOSI, whatsapp Rina okay!!
013.9081892

23 December 2014

TESTIMONI PENGGUNA COLLAGEN POWDER SHAKLEE

Catch of the day

3 kotak terus diterbangkan ke Aloq Staq.
Semoga sampai kepada empunya.
TQ geng!!

‪‎Collagen Powder‬ serius untuk cantik dan kulit yang elastik.
Bulan ni je promosi. Start January dah stop dulu production Collagen ni dekat setahun.
Wanita yang nak kulitnya lembap, elastik, semua-semua tegang, lebatkan rambut, badan makin cergas, grab peluang harga kebabomm ni.

Vitamin C‬ pulak, serius sangat best. 
Bagus untuk mereka yang ada alahan.
Nak cantik, nak sihat.
1 botol boleh tahan 6 bulan.
Cuba darab bahagi. Jimat ke tak.
Lagi jimat kalau grab sekarang.
Ada yang ambik 2-3 botol trus.
Lagi hebat, ambil 1 set. Fuhhh!! Jimat.

Meh cepat meh..
Jangan sampai dah sold out.

Jom tengok apa kata mereka yang dah guna Collagen Powder =) a.k.a TESTIMONI











Best, kan? Makin cantik dan berseri-seri mereka. Jomlah berseri-seri juga =)


UNTUK PERTANYAAN DAN PEMBELIAN:

SMS/WHATSAPP : 013.9081892 (ARINA)
Email: darwish3@gmail.com

22 December 2014

SIAPA YANG MEMERLUKAN OSTEMATRIX?

SAYA SUKA OSTEMATRIX


Ostematrix memang bestttt!!
Sebelum tidur telan Ostematrix buatkan kita tidur lena (walaupun sekejap).
Semalam tidur 4 jam je.

Bangun pagi tak sakit belakang, tak rasa kebas-kebas.
Lawas lagi..

Ni la sumber kalsium saya 
(sebab bukan peminum susu.hihi)
Khasiat:
1 tablet Ostematrix = 1 gelas susu kalsium tinggi = 80 biji badam

Apa lagi kebaikan Ostematrix yang perlu korang tahu?

1. Menguatkan tulang - kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (ricket dewasa), kuku rapuh, ekzema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - pengambila 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.

3. Meringankan stress - ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4. Memperbaiki masalah haid - kajian menunjukkan dengan pengambila 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

5. Pengalkalian tubuh - kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti di waktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik



Lagi Info??

Vitamin D - Membantu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah kepada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu menyambil supplement vitamin D.

Magnesium – Ini merupakan ion positif nombor 2 yang paling penting dalam badan kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

Zink, boron, manganese dan kuprum – Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan mengahalang arthritis.

Jom tengok apa kata pengguna Ostematrix pula :)















Itu dia kata mereka. Seperti juga saya, memang tak boleh takde Oste ni. Jenis yang malas nak bancuh susu macam saya ni, tak berapa reti nak minum susu ni, inilah penyelesaian terbaik. lebih-lebih lagi saya menyusukan anak. Sangat penting kalsium pada saya. Kalau tak, bongkok sebelum usia gayanya nanti.hihi

UNTUK PERTANYAAN DAN PEMBELIAN:

SMS/WHATSAPP : 013.9081892 (ARINA)
Email: darwish3@gmail.com

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Vitamin Keluarga Sihat Menawan | Template Designed By Blog Bingkisan Hati