24 August 2014

RAHSIA  BUAT ANAK ANDA SOLAT TANPA PERLU
DISURUH….DIBEBEL…DAN DIPUKUL?


Tajuk ini mungkin tidak begitu diambil berat oleh sesetengah ibu bapa yang mana anak mereka masih kecil lagi. Sebab belum mengalami lagi situasi ini. Ye, saya akui, dulu pun saya begitu. Tapi sejak anak sulung lelaki saya sudah menjangkau umur 7 tahun, dan dia telah dapat seorang adik lelaki juga yang mana anak kedua saya ini fully breastfeed, dan kami asyik berkepit sahaja, seterusnya menimbulkan sikap-sikap yang tidak pernah dibuat sebelum ini. Mungkin kerana dia ingin mengambil perhatian saya. Contohnya, perlu beritahu berulang kali baru nak buat, terlalu suka tengok TV dan yang paling menakutkan saya, dia makin malas solat. Ada kalanya dia solat, tapi saya tidak yakin akan bacaannya betul atau tidak kerana tempoh solatnya sangat pantas dan diragui. Akibatnya, saya marah. marah kerana takut terjadi lagi, marah kerana takut ia akan jadi tabiat, marah kerana tidak buat yang sepatutnya. Selepas itu, saya menyesal. Dia dulu sangat bijak orangnya, rajin, mendengar kata, anak yang baik, anak yang mudah dibawa berbincang.Ya Allah, semoga anakku jadi anak yang soleh. Semoga dia jadi seperti dia yang dulunya. Masih belum terlambat. Ada masa lagi nak perbetulkan kesilapan kita sebagai ibu bapa. Jangan menuding jari, menujukan kesalah ini pada anak semata-mata. Kita yang mencoraknya. Mulakan dari sekarang.

Jadi, saya nak kongsikan artikel ini yang saya jumpe berkenaan RAHSIA BUAT ANAK ANDA SOLAT TANPA PERLU DISURUH, DIBEBEL DAN DIPUKUL. Saya akan cuba mengamalkannya dan saya harap anda semua juga turut mengamalkan ayat ini demi anak-anak kita agar mereka menjadi anak yang soleh.

**********************************************************************
-MAHA SUCI ALLAH SWT-
Anak perempuan saya umur 13 tahun dan sangat ‘liat’ nak

solat.
Satu hari, terlintas di hati nak pantau anak saya solat.
Boleh dia hampar sejadah atas lantai je.. tapi tak solat.
Bila saya tanya dah solat ke belum, katanya ‘dah’.
Saya rasa sangat marah… dah la tak solat…menipu pulak…
Disebabkan perasaan marah, saya pukul anak saya….
Masyaa Allah, saya tahu saya dah buat silap.
Saya menangis dan saya mohon ampun pada Allah.
Saya dah pukul anak saya, saya dah bebel-bebel, saya dah
bagi warning… tapi anak saya tetap tak berubah… susah
dan liat nak solat..
Pada suatu hari, ada kawan bagitau saya satu cerita.
Dia ada pergi ke rumah salah seorang kawan lamanya.
Kawannya tu tak la kuat agama sangat, tapi bila azan
berkumandang, anak-anaknya terus bergegas bangun untuk
solat.
Tak perlu disuruh….
Kawan saya ni tanya la macam mana nak buat anak-anaknya
solat tanpa perlu disuruh..
Beliau berkata, “sebelum saya berkahwin saya baca doa ni
dan saya masih amalkan sampai sekarang”
Sejak dari hari tu, saya tak putus-putus baca doa ni.
Saya baca dalam sujud..setiap kali solat dan bila-bila je…
doa.. doa.. dan doa….
Alhamdulillah, sejak mengamalkan doa ni, anak perempuan
saya yang dulu liat solat dah mula berubah…
solat tak perlu disuruh dah…solat Subuh pun boleh bangun
sendiri, tak payah saya kejutkan.
Dan Alhamdulillah, adik beradik yang lain pun semuanya ikut
kakak dioarang.. solat tanpa perlu disuruh..
Doanya adalah dalam Surah Ibrahim [14], ayat # 40
Dan Doa adalah …
“Rabbij ‘al nii muqiimas solaati, wa min zurriyyatii, rabbanaa
wataqobbal Du’aa’…..
[14:40] “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang
mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku.
Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”
In Shaa Allah… Jom Amal….semoga anak2 kita semua rajin
mendirikan solat bersama….Amin.


Terima Kasih

No comments:

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Vitamin Keluarga Sihat Menawan | Template Designed By Blog Bingkisan Hati