BERHATI-HATI DAN BERWASPADA DENGAN ORANG YANG TIDAK DIKENALI


19 December 2014

BERHATI-HATI DAN BERWASPADA DENGAN ORANG YANG TIDAK DIKENALI

Pengalaman Yang Sehingga Hari Ini Masih Mendebarkan Saya

Assalamualaikum wbt.

Saya nak ceritakan suatu kisah yang mana kita semua perlu ambil perhatian dan lebih berwaspada setiap masa. Kisah ini terjadi semalam. Masih berdebar-debar rasanya lagi bila ingatkan kisah semalam.

Kami satu keluarga ke Larkin untuk menghantar kawan yang ingin menaiki bas pukul 7.30 malam. Alang-alang dah maghrib, kami singgah nak solat di Masjid Larkin. Anak kedua saya tidur. Jadi, suami dan anak sulung pergi solat dahulu. Saya tinggal di dalam kereta. Suami pergi solat berpayung dari tempat parking.



Bila selesai solat, datang ke kereta tanpa payung. Katanya ada seseorang pinjam. Kata orang tu, dia nak ambil kunci kereta tertinggal dalam kereta. Tapi kereta terkunci. Entah apa lagi dia cakap. macam-macam alasan. Dengar pun macam pelik je. Lepas tu, nak pergi beli top up katanya. Suami saya tunggu lepas solat, tak muncul-muncul orang tu bersama payung kami. Takpelah, dalam hati saya kata mungkin bukan rezeki. Lagi sekali payung ni nak hilang. Redha je (payung yang jenis sama pernah hilang juga sebelum ni).

Lepas tu, saya minta suami drive betul-betul depan masjid. Sebab takut basah. (anak dan suami dalam kereta). Selepas saya solat, saya masuk kereta, dan tiba-tiba muncul seorang lelaki berpayung. Saya tengok orang tu. Ini ke orangnya. Macam 'something wrong' je.. Dia kurus tinggi, pakai beg sandang. Mukanya macam entah la...macam tak boleh dipercayai (saya ingatkan pakcik yang pergi masjid pakai kain pelikat ke yang pinjam payung tu..)

Tak sempat nak halang suami saya, dia dah keluar kereta tanya orang tu. "Kereta macam mana?" Entah apa dia jawab, saya tak dengar dan saya sangat rasa tak sedap hati. Masa tu anak-anak sedang main handphone dalam kereta. Hand bag pun ada atas arm rest. Dia tengok-tengok. DiaOrng masih cakap-cakap lagi. Lepas dia pulangkan payung, suami saya tanya, "Ada RM5?". Pelik.. tapi saya hulurkan tanpa banyak soal. Rupanya orang tu minta RM5.

Dia pun meluru masuk ke tandas depan kereta kami. Tandas perempuan!! Dia nampak mundar mandir dalam tandas tu. Belum sempat nak undur pergi, tiba-tiba dia keluar tandas, ketuk pintu kereta. Dia cakap dengan suami saya dia nak tumpang ke stesen bas. Saya jadi takut. Tapi kesian. Tapi perasaan takut lagi tinggi. Saya cuit-cuit paha suami banyak kali. Suami macam nak bagi tumpang, tapi hati saya sangat takut dan berderbar-debar. Saya bagitau nak singgah tempat lain. Nak pergi UO. Tapi dalam hati 50-50. Sebab saya ni jenis mudah kesian. Tapi Alhamdulillah Tuhan bagi kekuatan pada saya untuk cakap TIDAK. Dia masuk ke tandas perempuan tu semula mundar mandir. Saya rasa orang ni memang something wrong la. Kami undur kereta cepat-cepat.

Pintu coklat belah kiri tu tandas perempuan.
Dalam kereta perasaan sangat berdebar-debar. Orang tu seolah-olah tak berhenti berfikir cari alasan atau helah. Kalau lah kami tumpangkan dia, dia letak pisau kat leher, ambik handphone, ambik duit, Memang tak boleh nak buat apa dah. Risaunya saya dengan keselamatan anak-anak. Risaunya dengan nyawa kami semua masa tu. Saya sangat risau sekiranya saya tak ada dalam kereta masa tu dan suami saya yang baik hati ni bagi dia tumpang. Tak tahulah apa jadi.

Ya Allah, kami syukur sangat Kau selamatkan kami dari musibah itu. Terima kasih ya Allah. Lepas tu memang dah tak ada mood nak pergi mana-mana. Debaran ni tak habis-habis lagi.

Jadi, saya nak ingatkan pada semua.. kita berhati-hatilah. Dunia sekarang tak seperti dulu. Memang boleh nak kesiankan orang. Tapi kena tengok orangnya macam mana. Berwaspadalah. Beringatlah supaya keselamatan kita terjamin. Keselamatan anak-anak kita, agar tidak terancam.

Saya nak ingatkan pada diri sendiri juga supaya TIDAK LUPA untuk membaca Bismillah dan doa sebelum memulakan perjalanan agar kita dijauhi perkara-perkara yang tidak diingini. Mulai hari ini, di samping kita berdoa memohon keampunan, dimurahkan rezeki, selitkan juga doa agar kita dan keluarga sentiasa selamat walau di mana pun kita berada (Ingatan untuk diri sendiri juga).

Ini saya sertakan doa yang saya ambil dari SINI. Semoga kita semua di bawah lindunganNya.




Kongsikanlah info ini jika bermanfaat. Semoga kita semua sentiasa berwaspada. Saya sekadar berkongsi dan mengingatkan diri sendiri.


Terima Kasih

3 comments:

Aishah Rahim said...

Kak, bagus entry ni. Aishah pon cepat kesian orang. Cepat je nak tolong. Bila baca ayat akak letak pisau kat leher etc tu baru Aishah sedar memang kena hati-hati sangat skang.. :(

Hanani said...

Berdebar baca entry rina kalini...

Nor Arina Azmi said...

Tulah Aishah, kak Nani. Sangattt takut. Nasib baik la kuat sikit masa tu kata 'tak boleh'. Kalau tak, tak tahulah. Maksudnya, kita semua memang kena hati-hati lepas ni.

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Vitamin Keluarga Sihat Menawan | Template Designed By Blog Bingkisan Hati