MEMORI MOTIVATION & RECOGNITION RALLY SHAKLEE 2014


15 December 2014

MEMORI MOTIVATION & RECOGNITION RALLY SHAKLEE 2014

Kenangan Manis Buat Pertama Kalinya

Nampaknya kawan-kawan yang lain berpusu-pusu dah masukkan gambar Recognition Rally 2014 ni. Rina belum sempat nak masukkan dalam FB mahupun blog mahupun instagram sebabnya, balik dari majlis tu, pergi PC Fair. Esoknya, sibuk nak pergi Year End Sale kat Calaqisya & Radiusite. hahaha.. Kebetulan pulak internet problem, takleh nak masuk sebab masalah kat proxy katanya (Hihihi. alasan semua tu. Tapi memang betul pun). Ni internet pun dah ok, maka nak share la gambar-gambar di sana =)

Firstly nak tunjuk gambar Recognition Rally 2013. Tahun lepas punya. Rina pergi sebab nak cedok ilmu, nak cari sumber inspirasi, nak jadi macam mereka yang dah berjaya ni. Malu jugak pergi tengok je. Tapi, aktiviti macam ni la kena pergi sebab kita akan rasa lebih bersemangat. Dari situ, kita tanam niat nak berjaya macam mereka ni. Berjaya, tapi sangat humble tau mereka.

Recognition 2013. Datang meraikan mereka. Sangat inspired (Mak Jemah yang berbaju kuning tuu,hihi)
Tahun ni pergi, dapat jemputan. Alhamdulillah. Syukur sangat. Walaupun baru di rank Supervisor, Rina benar-benar harap dapat naik lagi rank seterusnya. teringin nak dijemput lagi. Doakan ye, kawan-kawan.

Bukan main tunggu surat ni bila tengok ramai kawan-kawan lain dah post pasal jemputan ni. Akhirnya sampai jugak dari encik posmen

Jom layan gambar-gambar semasa di sana. Sangat best memori ini. Dapat diraikan, naik pentas. Anak pun sibuk nak naik juga. Suami tukang ambil gambar. Tahun depan kita naik semua ye. Minta kawan-kawan ambilkan gambar pulak.hihi

Mentor Rina. I follow u Aishah Rahim..
Snap pic sementara tunggu majlis start. Padahal, taknak bagi budak-budak ni bosan.

Dia bawak bekal, komik 2 biji dan robot transformer. Tapi lepas tu, berebut hp jugak.huhu

Selfie. Amboi, kekanda. Taknak pandang ye!! hihi

Tengah beratur. Lenguh kaki den. Dah le pakai high heel. Berat pulak budak tu. hihi 

Sempat lagi, ewahhhh.

Alhamdulillah, akhirnya..

Bersama family Just Do It - Aishah. Sangat bahagia bersama mereka. Saling tolong-menolong, bantu-membantu dan berkasih sayang.

Inilah dia orang yang menyokong setiap masa dan ketika. Tanpa dia, saya dah lama ........

Part paling best. Tak ku sangka makanannya sangat la banyak dan sedap. Kenyang sampai malam. Free pulak tu. Makan la sampai puas. hahahaha.. (gelak kenyang)

Itulah dia sepanjang majlis tersebut. Sangat best dan very memorable. Walaupun baru bergelar Supervisor sahaja, saya bersemangat untuk meneruskan lagi. Ingin cuba untuk mendaki lagi. Akan berusaha sedaya yang mungkin. Saya harap, untuk warga YNWA, mari kita mulakan langkah sekarang. Tidak perlu tunggu untuk dapatkan masa yang sesuai. Masa tidak menunggu kita. Kalau kita lambat, mereka yang lain dapat rebut peluang tu dahulu.

"Tetap percayalah !!
Dari setiap USAHA, tidak ada yang akan SIA-SIA. 
Semua akan menjadi indah PADA WAKTUNYA"

Ini adalah permulaan. Rina benar-benar nak capai lebih lagi. Selepas ini, Rina mahukan setiap dari warga YNWA turut sama-sama berjaya. Saya bersedia bantu. Sangat bahagia bila kita semua sama-sama berjaya. 







Terima Kasih

2 comments:

beeha said...

tahniah rina!
moga terus di berikan kejayaan dan kekayaan..teruskan memberi dan memberi..inshaallah kejayaan pasti milik mu!

Ibufirash said...

Insha Allah k.bee. Doakan ye..

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Vitamin Keluarga Sihat Menawan | Template Designed By Blog Bingkisan Hati