Allah SWT Tempat Kita Mengadu


26 January 2015

Allah SWT Tempat Kita Mengadu

Sabtu lepas ada majlis sambutan Maulidurrasul di sekolah. Antara penceramah yang dijemput ialah adik Nail. Didatangkan khas dari Sumatera, Indonesia. Semasa beliau berceramah, saya rasa macam pernah dengar suara ni. Tapi bila tengok tuannya, lain. Yang kat depan saya ni macam dah berumur 13-14 tahun. Tapi, bila last sekali dia sebut ayat macam dalam video ini, baru saya konfemkan. Memang betul dia. Dah besar rupanya dia..

Kita layan video ni dulu. Anak saya Firash sangat suka tengok. Diulang-ulangnya banyak kali. 



Antara point yang saya ingat dan takkan lupa ialah tentang cerita Nabi Muhammad SAW. Katanya, kita semua ada ibu bapa untuk bermanja. Ada ibu bapa untuk meminta. Ada ibu bapa untuk mengadu. Nabi tiada ibu bapa. Baginda hanya ada Allah. Allah tempat Baginda mengadu. Allah tempat Baginda bermanja. Allah tempat Baginda meminta.

Terkesan di hati. Di saat kita sedih, resah, takut, kecewa, kita memerlukan seseorang untuk meluahkan, lebih baik kiranya kita cari Allah.

Terima kasih adik atas ingatan ini. Terima kasih kerana mengingatkan. Sesungguhnya aku sangat memerlukan-Mu ya Allah...

p/s: Adik Nail ini sangat bagus orangnya. Semasa berceramah, begitu bersemangat. Disertakan dengan hadis dan dalil Al-Quran. Sesudah ceramahnya, dia tunduk sahaja bila menghadap audience (rata-rata murid tahun 6, 5, 4, ibu dan guru-guru). Mungkin menjaga pandangan agaknya. Sebab beliau kan menghafaz Quran. Wajahnya sangat bersih dan suci. Sangat beruntung ibu bapanya. Semoga kita juga dikurniakan anak seperti adik Nail. In shaa Allah..

Terima Kasih

2 comments:

Uni Aqilah said...

Terima kasih juga kak Arina atas perkongsian ini. Sememangnya bila kita berduka, hanya Allah yang perlu kita cari. Sujud padanya, mohon diberi ketenangan.

Nor Arina Azmi said...

yup, betul tu.. tiada tempat lain untuk mengadu. Thanks singgah, Uni =)

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Vitamin Keluarga Sihat Menawan | Template Designed By Blog Bingkisan Hati