DISEBALIK KISAH.. "AKU YANG TELAH TERJEBAK AKHIRNYA"


07 December 2014

DISEBALIK KISAH.. "AKU YANG TELAH TERJEBAK AKHIRNYA"

“Aku dan MLM”

Sebelum ni pernah dengar orang sebut MLM. First impression,
-‘kena cari orang’
- Ada cabang-cabang kalau lukis pasal upline, downline
- asal jumpa orang yang masuk MLM, takut nak tegur, kang diri dikempen masuk juga.


Itu cerita SEBELUM. Itulah, sangat benci. Sangat tak suka MLM ni.

Tapi nak ditakdirkan saya ni pregnant anak kedua pada 2012, selepas 6 tahun jaraknya (tiada masalah untuk hamil, tapi sebab ambil pil perancang kesnya sedang jalani KDC untuk KPLI), saya rasa saya nak do something bila baby lahir. Something yang berbeza dengan kelahiran anak pertama.

Mengandungkan anak kedua. doktor bagitau, boy juga =) 
Hari-hari mengidam nak makan itu ini. Tengah malam pun keluar JJCM.

~ Cerita kelahiran anak pertama ~

Saya kerja biasa-biasa je masa itu. Management Information System (MIS) Department kat sebuah hypermarket. Shift. Dari pagi sampai malam kadang-kadang. Okay, bila bersalin.. operate. Sebab baby lambat turun. Risau lemas. Terpaksa operate. Rupanya tali pusat terbelit. Alhamdulillah, selamat.

Lahirnya cucu sulung yang disayangi ramai.

My first hero. Sempat menyusu tak sampai 2 bulan. Itu pun di awal kelahiran, dah campur susu formula (belum ada kesedaran tentang bagusnya susu badan)

Nak dijadikan cerita, saya tak ambil apa-apa set pantang kerana yang di pasaran harganya agak mahal (masa tu kerja gaji biasa-biasa je). Dan ada yang kata nanti baby panas. Sebab herba. Ada juga yang kata, tak habis pun guna. Yang kampung punya pun tak guna. Urut badan pun tak sebab umi saya risau jahitan terbuka nanti bila diurut. So, kesimpulannya, tak ambil apa-apa pun.

Oleh itu, bila dah anak kedua ni, life pun agak stabil skit. Dah jadi cikgu, maka saya nak yang TERBAIK buat anak yang bakal lahir nanti.

Apa saya buat???




~ Cerita kelahiran anak kedua ~

Saya google. Type set berpantang. Ranking pertama orang guna adalah SET BERPANTANG SHAKLEE. Saya review macam-macam cerita yang bagus-bagus. Maka, saya decide nak beli Set Berpantang. Niat nak berpantang secara sihat dan bertenaga. Niat nak kurus kembali. Sebab dulu lepas bersalin, badan saya naiiikkkkk!! 
Majlis cukur jambul dan aqiqah Firash.

Nak dijadikan cerita, saya pun gunalah Set Berpantang Shaklee yang saya beli dari Aishah. Kesannya apa? Saya sangat bertenaga. Tak macam orang pantang. Luka pun cepat sembuh. 


Shaklee Effect saya lepas guna set berpantang dan menyusu =)

Berat badan pun turun banyak. Sebelum mengandung 64kg. Semasa mengandung, berat cecah ke 82kg. Selepas bersalin dan berpantang macam tak pantang tu, hihihi..berat jadi 57kg. Saya suka. Saya bahagia. Saya gembira. Masa tu fully breastfeeding tau. Tak niat sangat. Tapi susu banyak. Search kat internet, sangat bagus rupanya susukan anak secara eksklusif.

Bila anak dah nak masuk 3 bulan, tiba-tiba susu saya drop skit. Saya mula risau sebab belum buat stok. Sebab saya berpantang kat Kelantan. Sebab tu tak buat, nak ke Johor nanti masalah pulak kan nak bawa stok susu. Nanti rosak pulak. Sampai je di JB, saya call Aishah. Bagitau masalah, dia suruh add on Alfalfa dan Ostematrix. Siap orderkan untuk kawan kat sekolah yang nak berpantang juga lagi. Lepas tu, susu meriah semula, stok susu pun banyak. Pam tak sampai 5 minit je dapat 10 oz. Guna pam manual Avent je.





Sebahagian stok susu untuk Firash.
Ahmad Firash Hadif & Ahmad Darwish

Lepas tu saya fikir, lebih baik saya jadi AHLI. Senang sikit nak beli sendiri. Dapat HARGA AHLI. Itu je yang saya nak. Sebab saya ni tak suka menyusahkan orang nak belikan. Lagipun, saya rasa produknya bagus. Saya boleh berpantang dengan sihat dan cergas. Saya boleh menyusukan anak secara eksklusif. Saya boleh kurangkan berat badan. TESTIMONI DIRI SENDIRI.


Menyusukan anak secara eksklusif adalah salah satu cara menurunkan berat badan. Cubalah =)
Tak sabar nak guna Shaklee start untuk set mengandung pula untuk anak ketiga.



Maka, saya call Aishah. Bagitau nak jadi Ahli Shaklee. Bayar RM75. Member kit sampai rumah. Tak belek pun. Tak ambik tahu langsung pasal apa benefit dia. Tapi saya dapat order yang banyak dari kawan-kawan kat sekolah. Testimoni? Diri sendiri. Lepas tu, rasa mula nak buat betul-betul. Baz guide saya. Saya sharing di Facebook. Nak kata saya jual, tak jugak. Saya sebenarnya membantu kawan-kawan beli je. Tolong belikan orang kata. Tapi, bila 14hb, saya dapat bonus. Hasil dari point yang dikumpul bila setiap kali beli produk Shaklee.

Saya fikir, alang-alang saya guna, saya tolong orderkan untuk kawan-kawan juga, saya bantu, saya dapat pahala. Dalam masa yang sama, point tu bila bertukar jadi cash, bagus juga. Siapa nak bagi tengah-tengah bulan duit kat kita.

Jadi itulah saya buat dengan Shaklee. Rupa-rupanya Shaklee ni MLM. Aik, takdepun cari-carik orang. Takde pun ‘head hunting’. Takde pun lukis-lukis cabang-cabang macam upline downline. Takde pun. Yang ada apa nak tau???

~ PERBEZAAN SELEPAS SAYA JOIN SHAKLEE ~

1. Mula solat Dhuha. Mula-mula buat 2 rakaat. Sekarang 4 rakaat.
2. Mula baca surah-surah yang selalu dipesan. Mesti mengaji setiap hari.
3. Solat semakin better berbanding dulu.
4. Mula amalkan zikir setiap hari.
5. Mula rasa suka bersedekah.
6. Mula solat taubat, bangun tahajud.
7. Diri mula berfikir secara positif.

Itu yang saya dapat dan itu juga yang saya cuba untuk sampaikan kepada anak-anak Shaklee saya. Satu perkara yang sering dipesan oleh geng Shaklee group kami. “Niat untuk bantu orang. Duit akan datang dengan sendiri”.


Sambutan Hari Raya Shaklee di KSL Hotel. Makan free. Ada contest. Ada hadiah.

MLM Shaklee kami berbeza dengan MLM bisnes lain. Sebab tu, saya suka dengan group ini. Saya rasa sangat bersyukur saya ditakdirkan join Shaklee. Ye, saya ingin berubah ke arah kebaikan. Yang itu saya selalu doa. Dan Tuhan bagi saya jalan ini. Rasa sangat-sangat bersyukur.

Namun, untuk berjaya..kita perlu usaha. Yeppp, Dr. Azizan Osman pun pesan juga.

“Untuk berjaya di dalam apa sahaja bidang atau perkara yang kita lakukan, ianya memerlukan KEINGINAN YANG LUAR BIASA TINGGI. Tingginya keinginan tersebut umpama anda berada di padang pasir dan mencari air untuk diminum. Ia juga umpama anda lemas di lautan, tidak tahu berenang dan memerlukan sedikit udara untuk terus hidup”



Saya dah nampak ramai sangat yang sudah berjaya dengan Shaklee. Sampai sanggup berhenti kerja dari seorang jurutera, pegawai-pegawai eksekutif, kerani juga. Guru pun ada yang ambil Cuti Tanpa Gaji. Kenapa? Sebab nak concentrate. Nak fokus. Sebab dah nampak jalan. Ini menunjukkan Shaklee boleh beri sesuatu yang lebih. Jadi apa salahnya saya mencuba. Sambil guna, sambil jana income. Siapa nak bagi gaji di tengah bulan? Kan best ada 2 punca pendapatan.

Kesimpulannya, Shaklee yang saya join tak nampak macam MLM lain. Ia banyak mengubah kehidupan saya ke arah yang lebih baik. Meningkatkan kualiti hidup. Menambah nilai hidup saya untuk terus membantu orang lain juga sihat serta bagi yang ingin join Shaklee dan tambah pendapatan dan menjadi sebahagian daripada group kami, saya boleh bantu anda tunjukkan jalan.

“Jika bukan kita yang mengubah nasib diri sendiri, siapa lagi yang akan lakukan untuk kita? Bangkit untuk berjaya. Jika rebah, jangan gundah. Bangun, berdiri dan terus berlari”


Tepek sikit gambar ayah.hihi.
Kami keluarga Shaklee. Jom join kami. Kami bantu capai hasrat dan impian kawan-kawan.

UNTUK PERTANYAAN DAN PEMBELIAN:


SMS/WHATSAPP : 013.9081892 (ARINA)
Email: darwish3@gmail.com



Terima Kasih

2 comments:

Hanani said...

Gudluck 'adik' Shaklee saya sorang ni....

Nor Arina Azmi said...

Thank you 'kakak' Shaklee saya.. Adore u sis.. muahsss

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Vitamin Keluarga Sihat Menawan | Template Designed By Blog Bingkisan Hati